quadrupedal robot | robot kuadrupedal | STEM | Tiada | Robot mudah alih yang mempunyai empat kaki untuk pergerakan. Robot ini bersifat serba boleh berbanding robot beroda yang membolehkannya merentasi pelbagai bentuk muka bumi. |
cooperative robot | robot kooperatif | STEM | Tiada | Robot yang mampu bekerjasama dengan manusia atau robot lain untuk melaksanakan sesuatu tugas di dalam ruangnya yang tersendiri. |
service robot | robot khidmat | STEM | Tiada | Robot yang membantu manusia menjalankan tugas yang kotor, jauh, membosankan, berbahaya atau berulang-ulang. Robot ini memberikan khidmatnya sama ada secara autonomi penuh atau separa. |
robot ethics (roboethics) | etika robotik | STEM | Tiada | Nilai dan garis panduan berkaitan dengan isu robotik seperti aplikasi robot, interaksi robot dengan benda hidup dan hal perundangan. Contohnya, isu ancaman robot kepada manusia dan reka bentuk robot beretika. |
humanoid robot | robot humanoid | STEM | Tiada | Robot yang direka bentuk menyerupai manusia untuk menjalankan fungsi tertentu, seperti berinteraksi dengan manusia dan menjalankan operasi menyelamat. |
social robot | robot sosial | STEM | Tiada | Robot yang direka cipta untuk berinteraksi secara sosial dengan manusia melalui mimikan perangai dan emosi manusia dalam bidang perubatan, pendidikan dan hiburan. |
continuum robot | robot kontinum | STEM | Tiada | Robot yang mempunyai darjah kebebasan atau sendi yang tidak terhingga. |
cognitive robot | robot kognitif | STEM | Tiada | Robot yang mempunyai keupayaan kognitif termaju yang membolehkannya belajar dan berinteraksi dengan manusia. |
collaborative robot | robot kolaboratif | STEM | Tiada | Robot yang direka cipta untuk berinteraksi dengan manusia di dalam ruang kerja yang sama secara selamat bagi melaksanakan sesuatu tugas. |
self configuring robot | robot berkonfigurasi kendiri | STEM | Tiada | Robot yang mampu mengubah konfigurasi bentuk, struktur atau susun atur dengan sendiri. |