| greenhouse effect | kesan rumah hijau | Sains | Hidrometeorologi | Kesan pemanasan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas bumi kerana atmosfera (terutama wap airnya) menyerap dan memancarkan semula sinaran inframerah. Dalam memahami konsep kesan rumah hijau, perlu diambil perhatian bahawa pemanasan tambahan yang mustahak adalah disebabkan oleh sinaran lawan dari atmosfera. Kepingan kaca rumah hijau yang berfungsi dengan cara ini beranalogi tepat dengan atmosfera dalam mengekalkan suhu tinggi rumah hijau, dan daripada inilah terbitnya nama kesan ini. |
| greenhouse gas emission | pelepasan gas rumah hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Perihal membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera. Sinonim carbon emission. |
| greenhouse gas intensity | keamatan gas rumah hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Pengukuran pelepasan gas rumah hijau bagi setiap unit keluaran. |
| greenhouse gas accounting | perakaunan gas rumah hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Proses mengukur, melaporkan dan mengesahkan pelepasan dan penyingkiran gas rumah hijau daripada aktiviti sesuatu organisasi bagi mengukur impak organisasi tersebut terhadap alam sekitar. Sinonim carbon accounting. |
| greenhouse gas protocol | protokol gas rumah hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Tatacara piawai untuk syarikat dan kerajaan mengukur dan mengurus pelepasan gas rumah hijau. |
| greenhouse gases | gas rumah hijau | Pertanian | Agroteknologi | Gas yang dilepaskan ke atmosfera melalui proses semula jadi dan aktiviti manusia. Contoh gas yang banyak dilepaskan ke atmosfera ialah karbon dioksida melalui aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, dan tindak balas kimia seperti industri pembuatan simen. Gas lain yang turut dilepaskan ialah metana melalui aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal. Selain itu, gas-gas lain seperti klorofluorokarbon dan nitrogen oksida juga merupakan gas rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti manusia. Kesan daripada pelepasan gas rumah hijau secara berleluasa ke atmosfera akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau seperti peningkatan suhu dunia, kenaikan aras laut, daratan yang rendah ditenggelami air, dan berlaku juga penurunan hasil pertanian dan penternakan kerana kurang fotosintesis apabila tumbuhan tertentu (pengeluar) mati. |
| greenhouse gas emission | pelepasan gas rumah hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembebasan gas ke atmosfera melalui proses semula jadi dan aktiviti manusia. Peningkatan pelepasan gas rumah hijau menyebabkan kesan pemanasan bumi. |
| green house production | pengeluaran rumah hijau | Pertanian | Agroteknologi | Pengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan dari rumah kaca. Rumah kaca ini menggunakan teknologi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan sistem hidroponik, cahaya, suhu, pengairan dan kawalan komputer untuk meningkatkan pengeluaran secara maksimum. Pengeluaran sebegini jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran secara terbuka atau konvensional kerana serangan penyakit dan serangga serta keadaan kelembapan boleh dikawal. Pengeluaran rumah hijau biasanya digunakan untuk penghasilan tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran seperti tomato, strawberi, salad dan cili. Di kawasan beriklim sejuk, pengeluaran rumah hijau membolehkan tanaman dilakukan semasa musim sejuk. |
| greenhouse effect | kesan rumah hijau | Biologi | Ekologi | Kesan pemanasan atmosfera terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara, terutama oleh karbon dioksida. Oleh itu udara bertindak sebagai kaca di dalam rumah hijau, yang membenarkan kemasukan cahaya, tetapi tidak membenarkan kemasukan haba. |
| net zero carbon emission | pelepasan karbon sifar bersih | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Perihal pelepasan gas rumah hijau antropogenik diimbangi dengan penyingkiran dan pengurangan gas rumah hijau antropogenik dalam jangka masa tertentu. |