| water mirror | bayang air | Landskap | Tiada | Permukaan air yang tenang dan digunakan sebagai salah satu elemen untuk memantulkan imej dalam gubahan sesuatu landskap. Bayang air ini berfungsi seolah-olah seperti sebuah cermin. |
| water mirror | bayang air | Landskap | Tiada | Permukaan air yang tenang dan digunakan sebagai salah satu elemen untuk memantulkan imej dalam gubahan sesuatu landskap. Bayang air ini berfungsi seolah-olah seperti sebuah cermin. |
| rapid eye movement (REM) | gerak mata cepat | Psikologi | Psikologi Umum | Salah satu daripada fasa tidur yang ditandai dengan bola mata yang bergerak cepat di bawah kelopak mata yang tertutup semasa lena. Fasa ini berlaku dalam tempoh singkat, iaitu 20% daripada masa lena individu. Dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG), bahagian otak yang mengawal emosi didapati sangat aktif pada fasa ini seolah-olah individu berada dalam keadaan jaga. Mimpi yang berlaku dalam fasa ini biasanya lebih jelas dan terperinci. Fasa ini akan menjadi lebih panjang sekiranya berlaku sesuatu peristiwa terhadap individu berkenaan seperti kematian keluarganya yang terdekat, masalah kerja, konflik dengan pasangan dan gangguan emosi yang lain. |
| Harlem renaissance | harlem renaissance | Kesusasteraan | Tiada | Suatu pergerakan kesusasteraan dan budaya dalam kalangan rakyat Amerika berkulit hitam. Pergerakan ini mementingkan warisan Afrika dan berkembang pada awal abad ke-20. Harlem renaissance juga diberikan gelaran �New Negro� atau �Black Renaissane�. Pergerakan ini dipimpin oleh pengarang Afro-amerika seperti James Weldon Johnson dan Langston Hughes, dan melibatkan seniman dan ahli muzik. Pada dekad tersebut, era harlem renaissance dikenali sebagai era jazz. Salah seorang tokoh jazz yang penting ialah Duke Ellington yang mempersembahkan bakatnya di Cotton Club. Dalam bidang kesusasteraan, karya yang dihasilkan pada dekad tersebut ialah Color dan Copper Sun, Kolek sajak olah Counter Cullen dan karya, The Weary blues oleh Langston Hughes. Penulis penting yang lain ialah Claude Mckay dan Jean Toomer. Lihat juga negritude. |