| netiquette | netika | Teknologi Maklumat | Tiada | Etika dalam Internet. Kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, lebih-lebih lagi e-mel yang mengandungi mesej yang bukan-bukan atau yang tidak dimintanya. |
| netiquette | netika | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Etika dalam Internet. Etika ini melibatkan kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, terutamanya e-mel yang mengandungi mesej tidak munasabah atau yang tidak dimintanya. |
| bot sembang | chatbot | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Perisian aplikasi yang direka bentuk untuk mensimulasi dan memproses perbualan manusia, sama ada bertulis atau lisan, yang membenarkan manusia berinteraksi, bersembang atau berceloteh dengan peranti digital seolah-olah berkomunikasi dengan manusia sebenar. Walaupun tidak semua bot sembang menggunakan AI, kebanyakan bot sembang moden semakin banyak menggunakan teknologi perbualan berasaskan AI seperti pemprosesan bahasa tabii (NLP), pembelajaran mesin, dan model bahasa besar (LLM) yang membolehkan bot sembang memahami dan menjana teks atau suara untuk berbual seperti manusia berdasarkan input yang diterima. Contoh bot sembang yang popular adalah seperti OpenAI ChatGPT, Amazon Alexa, Google Assistant Gemini dan Apple Siri. Lihat juga perbualan AI. |
| chat acronym | akronim sembang | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat singkatan sembang |
| chat room | bilik sembang | Teknologi Maklumat | Tiada | Tapak web, BBS, dan perkhidmatan dalam talian untuk perbualan dalam talian dalam masa nyata. Mesej dipaparkan bersebelahan nama samaran yang digunakan. Kebanyakan bilik sembang mempunya |
| cybersex | siberseks | Teknologi Maklumat | Tiada | Komunikasi melalui media elektronik seperti e-mel, bilik sembang atau kumpulan berita dengan tujuan perangsangan dan kepuasan seks.Lihat juga bilik sembang, kumpulan berita |
| BRB (be right back) | BRB (kembali sebentar lagi) | Teknologi Maklumat | Tiada | Singkatan yang digunakan dalam sembang Internet untuk memaklumkan bahawa pengguna akan menyambung sesi sembang dalam masa yang singkat. |
| chat abbreviation; | singkatan sembang | Teknologi Maklumat | Tiada | Singkatan yang digunakan semasa bersembang untuk mempercepat penaipan pada papan kekunci. Contohnya, TTYL - Talk To You Later dan BTW - By the way. Singkatan ini semakin lumrah digunakan di kalangan pengguna telefon semasa menghantar SMS. Sinonim akronim sembang |
| chat | sembang | Teknologi Maklumat | Tiada | Perbualan masa nyata antara dua orang atau lebih dalam talian LAN, BBS atau Internet dengan menggunakan papan kekunci. Perbualan dalam Internet boleh dibuat melalui tapak web, bilik bual, pemesejan segera atau saluran IRC. Apabila peserta menaip teks dan menekan kekunci "enter", teks tersebut akan dipaparkan pada skrin peserta lain yang kemudiannya boleh memberi maklum balas.Lihat juga IRC |
| chatbot | bot sembang | Kecerdasan Buatan | Tiada | Program perisian yang menggunakan kaedah kecerdasan buatan untuk berinteraksi dengan pengguna melalui mesej atau perbualan automatik. |