| scattering power | kuasa serakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nisbah jumlah kuasa yang terserak oleh sasaran terhadap kuasa gelombang tuju tanpa mengambil kira arah serakan. Kuasa serakan digunakan dalam terminologi radar untuk mengukur tenaga yang hilang yang disebabkan oleh penyerapan penyerak. |
| scattering function | fungsi serakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Keamatan sinaran terserak dalam arah tertentu per lumen fluks yang tertuju ke atas bahan serakan. Rumusan fungsi serakan adalah seperti yang berikut: S(?) = I(?) EA Dengan S(?) ialah fungsi serakan zarah, A jumlah keratan rentas zarah penyerakan, E lar sinaran, dan I (?) keamatan sinaran yang di cerap dalam sudut ? dari arah alur tuju. |
| dipersion | serakan | Kejuruteraan | Petroleum | Ampaian partikel yang sangat halus di dalam suatu c ecair, misalnya ampaian koloid di dalam larutan koloid. Serakan dari agregat bererti subpembahagian agregat, misalnya serakan dari partikel lempung. Serakan mengakibatkan peningkatan luas pada permukaan spesifik partikel sehingga meningkatkan pula kelikatan dan kekuatan gel sesuatu cecair. |
| intraband scattering | serakan intrajalur | Fizik | Nanoteknologi | Serakan elektron atau lohong oleh fonon dalam pepejal, dan selepas serakan pembawa cas tersebut masih berada dalam jalur yang sama. Contohnya, serakan untuk lohong di dalam jalur valens. |
| atomic scattering factor | faktor serakan atom | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Pengukuran serakan amplitud gelombang oleh atom terpencil iaitu atom yang tidak mempunyai sebarang ikatan dengan atom lain. Faktor serakan bergantung pada jenis amplitud serakan oleh atom, pada sudut Bragg dan jenis sinaran yang terlibat biasanya ialah sinar-X, elektron atau neutron. |
| atomic scattering | serakan atom | Fizik | Mekanik Kuantum | Serakan yang berlaku apabila atom berlanggar antara satu dengan yang lain. Dalam serakan ini, arah atom akan berubah. |
| elastic scattering | serakan kenyal | Fizik | Atom dan Nuklear | Serakan yang jumlah tenaga kinetik translasi bagi sistem tidak berubah selepas berlakunya proses serakan. |
| primary scattering | serakan primer | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sebarang proses serakan sinaran yang diterima oleh pengesan, selepas diserak kali yang pertama. Bandingkan serakan berbilang. |
| multiple scattering | serakan berbilang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Serakan yang disebabkan oleh sinaran yang tersebar lebih daripada sekali sebelum sampai ke mata, antena, atau unsur penderia yang lain. Bandingkan serakan primer. |
| scattering area ratio | nisbah kawasan serakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nisbah antara keratan rentas serakan terhadap keratan rentas geometri zarah serakan. |