| dazzle | silauan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
| halation | silauan | Geografi | Tiada | Tiada |
| dazzle-free | bebas silauan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
| dazzling lighting | pencahayaan silauan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
| parabolic louvers | bilah parabolik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kekisi menyerong bagi mengubah haluan cahaya ke bawah dan menghasilkan pencahayaan yang mempunyai tahap silauan yang rendah. |
| Townsend characteristic | ciri Townsend | Kejuruteraan | Tiada | Lengkung cirian aras voltan bagi tiub foto pada pencahayaan tetap dan pada voltan di bawah tahap berlakunya silauan nyahcas. |
| sodium vapour discharge lamp | lampu nyahcas wap natrium | Teknik | Elektrik | Lampu nyahcas yang menggunakan wap natrium. Lampu ini mengeluarkan cahaya berwarna kuning keemasan atau monokromat. Cahaya lampu ini tidak mudah terganggu oleh keadaan hujan dan kabus, atau silauan. Oleh itu, lampu jenis ini sesuai digunakan di luar bangunan, seperti di persimpangan jalan, selekoh, dan di dalam bandar. |
| smart material | bahan pintar | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang direka bentuk pada skala nano bagi melakukan fungsi tertentu, dan sifat fiziknya seperti mekanik, haba, optik dan elektromagnet dapat dikawal menerusi perubahan persekitaran. Contohnya, cermin kereta swagelap yang berada dalam keadaan jernih sepanjang masa, tetapi berubah menjadi gelap apabila disinari cahaya berkeamatan tinggi untuk melindungi pemandu daripada silauan. |
| lightning discharge | luahan kilat | Sains | Hidrometeorologi | Siri proses elektrik yang dengannya cas dipindah di sepanjang alur ketumpatan ion tinggi di antara pusat-pusat cas elektrik yang mempunyai tanda-tanda yang bertentangan di dalam awan petir (luahan awan); di dalam awan dan pada permukaan bumi (luahan awan-ke-bumi atau luahan bumi-ke-awan); di dalam dua awan yang berlainan (luahan awan-ke-awan); atau di dalam awan dan di dalam udara bawah dari awan (luahan udara). Ia merupakan bentuk luahan bunga api yang berskala amat besar, dan perlu dibezakan daripada luahan korona dan luahan titik. Secara huraian, terutamanya berkaitan dengan kecahayaannya, luahan tunggal kilat disebut silauan kilat. |