| one two som | o som | Umum | Tiada | Kaedah pengundian yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran dalam sesuatu permainan. |
| peta swaorganisasi (SOM) | self-organizing map (SOM) | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Jenis rangkaian neural buatan yang digunakan dalam pembelajaran tak berselia dan berfungsi untuk memetakan data multidimensi ke dalam ruang berdimensi rendah iaitu dua dimensi sahaja tanpa mengubah struktur topologi asal data. Neuron disusun dalam bentuk grid seperti matriks atau heksagon, iaitu setiap neuron mempunyai pemberat yang mewakili fitur data. Contoh penggunaan SOM ialah pemvisualan kelompok data, pengurangan dimensi untuk analisis data berdimensi besar dan pengesanan anomali. SOM ini pertama kali dicipta oleh Teuvo Kalevi Kohonen pada tahun 1990 dan dikenali juga sebagai Peta Kohonen. Contoh aplikasi termasuk segmentasi pasaran, analisis genomik dan pemetaan ciri dalam data sensor. Lihat juga pembelajaran tak berselia. Sinonim peta Kohonen. |
| peta Kohonen | Kohonen map | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Lihat peta swaorganisasi (SOM). |
| repurpose | tujuan semula | Teknologi Maklumat | Tiada | Mengubah format media kepada bentuk format yang lain. Contohnya mengubah bahan cetak kepada bahan dalam talian atau dalam CD-ROM. Contoh lain, komik Kampung Boy dan Mat Som hasil karya Lat diadaptasi kepada wayang gambar, disadur menjadi siri televisyen, dan di simpan dalam VCD. |
| repurpose | tujuan semula | Teknologi Maklumat | Tiada | Mengubah format media kepada bentuk format yang lain. Contohnya mengubah bahan cetak kepada bahan dalam talian atau dalam CD-ROM. Contoh lain, komik Kampung Boy dan Mat Som hasil karya Lat diadaptasi kepada wayang gambar, disadur menjadi siri televisyen, dan di simpan dalam VCD. |
| Certification scheme | Sekim pengakuan | Pertanian | Agronomi | Sekim untuk menjamin kualiti sesuatu bahan melalui pemeriksaan dan pengiktirafan oleh sesuatu badan penguasa. Contohnya dalam sekim pengakuan biji benih, badan berkuasa akan memberi pengakuan bahawa sesuatu benih yang dihasilkan itu benar-benar dari satu varieti terpilih dan biji benih itu dijamin bernas. Dalam sekim pengakuan pertanian organik, Jabatan Pertanian Malaysia mengeluarkan Sijil Organik Malaysia (SOM) untuk menjamin bahawa sesuatu produk itu dihasilkan mengikut piawaan dan garispanduan sistem organik. |
| quality control | kawalan mutu | Pertanian | Agronomi | Sistem untuk menentukan piawai kualiti hasil pertanian yang ditentukan oleh badan yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pertanian. Contohnya, di Malaysia, Sijil Ladang Akreditasi Malaysia (SLAM) dan Sijil Amalan Baik Pertanian (GAP), telah diperkenalkan untuk mengiktiraf ladang yang mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi dan selamat. Produk ladang tersebut diberikan label Malaysia Best supaya pengguna dapat mengenal pasti produk pertanian yang berkualiti. Selain itu, Sijil Organik Malaysia (SOM) diberikan kepada ladang yang memenuhi piawai ladang organik. |