Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social democracydemokrasi sosialSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair.
liberal democracydemokrasi liberalSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang terbuka tanpa sekatan tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan, undang-undang dan suara majoriti. Kerajaan dalam sistem demokrasi ini tidak meletakkan berbagai-bagai sekatan atau peraturan ketat kepada individu atau kelompok yang bergerak dalam apa juga bidang sama ada ekonomi, politik dan sosial. Ia membenarkan persaingan politik yang bebas, kegiatan ekonomi yang terbuka dan hubungan sosial tanpa sempadan. Melalui pilihan raya, rakyat menyuarakan pilihan mereka dan keputusan majoriti akan membentuk kerajaan dan mempengaruhi penggubalan dasar negara. Kebanyakan negara Eropah Barat mengamalkan demokrasi liberal dan kelihatan kerajaannya sering bertukar ganti menurut kehendak rakyat.
democratizationpendemokrasianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan pemerintahan atau pentadbiran kepada lebih demokrasi yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks politik, proses ini merupakan usaha untuk menambah dan memperbaik ciri-ciri demokrasi dalam sistem politik. Proses ini lazimnya dicetuskan oleh organisasi sivil yang menuntut pemerintah supaya menjadi lebih demokrasi seperti membenarkan pembentukan parti politik selain daripada parti pemerintah, membenarkan rakyat berorganisasi, menegur kerajaan yang mengamalkan penyelewengan dan menuntut pemerintah memberi ruang bersuara kepada rakyat. Konsep ini mula diperkenalkan oleh John Bryce pada tahun 1886.
analytical toolalat analisisSains PolitikPolitik PerbandinganTeori, konsep atau model yang kerap digunakan oleh ahli sains sosial, khususnya ahli antropologi, sosiologi, psikologi dan juga sains politik bagi memandu mereka memahami, meneliti dan menghurai sesuatu fenomena sosial yang wujud secara ilmiah. Melalui penggunaan alat ini, mereka akan melakukan generalisasi terhadap sesuatu fenomena sosial yang diteliti. Contohnya, konsep demokrasi permuafakatan digunakan oleh sarjana sains politik dalam meneliti fenomena politik gabungan yang wujud dalam masyarakat majmuk.
Newly Industrialised Countries (NICS)Negara-Negara Industri BaruSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah ini mula digunakan oleh ahli sains sosial sejak tahun 1970-an apabila munculnya beberapa buah negara Dunia Ketiga yang dinamik, mengamalkan demokrasi, politik yang stabil, mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mempunyai keadaan sosial yang lebih baik berbanding negara Dunia Ketiga lain. Pertumbuhan pesat ekonomi negara ini adalah akibat daripada polisi pasaran bebas dan pertukaran ekonomi yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, pelbagai produk dan perkhidmatan. Antara negara NIC ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, India, Argentina, Brazil, Turki dan Afrika Selatan. Sinonim NICS.
middle classkelas menengahSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan.
socioeconomic developmentpembangunan sosioekonomiSains PolitikPolitik PerbandinganPerkembangan sosial dan ekonomi yang dialami oleh masyarakat di sesebuah negara. Kemajuan ini dilihat melalui elemen seperti kadar perindustrian, tingkat pendapatan negara, tahap kenaI huruf, perbandaran, saiz kelas menengah, tahap kesihatan, bilangan golongan profesional dan sebagainya. Perkembangan ini juga mengambil kira tahap pengedaran akhbar, pemilikan telefon dan insurans yang tinggi. Selain itu, pembangunan sosioekonomi ini boleh mempengaruhi perkembangan politik sesebuah negara. Sarjana politik seperti Lipset dan Girling pula mengatakan bahawa pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai faktor penting kepada perkembangan demokrasi. Semakin kaya sesebuah negara itu semakin tinggi kemungkinan menjadi lebih demokratik.
ideologyideologiSains PolitikHubungan AntarabangsaPola pemikiran yang menghuraikan dan mengesahkan struktur sosial dan kebudayaan sesuatu kelompok yang memberikan justifikasi terhadap pola tingkah laku, sikap dan matlamat kelompok tersebut. Menurut Destut de Tracy, pada awalnya ideologi dimaksudkan sebagai suatu sains atau kajian mengenai sistem idea. Ideologi menggambarkan atau merencanakan satu bentuk masyarakat ideal yang harus diwujudkan. Antara fungsi umum ideologi adalah seperti yang berikut: i. mempertahankan keabsahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian kuasa di dalamnya dan tindakan yang dibuat olehnya; ii. mempertikaikan keabsahan sistem yang ada; iii. platform perhubungan simbolik antara rakyat dengan pemerintah; iv. instrumen pemaksaan, v. instrumen perubahan masyarakat; vi. peranan perpaduan; dan vii. membentuk identiti diri. Contohnya, perang dingin yang melibatkan pertentangan dua ideologi utama, iaitu antara blok demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Kesatuan Soviet.
socioeconomic classkelas sosioekonomiSains PolitikPolitik PerbandinganStrata dalam masyarakat yang berasaskan sosioekonomi. lndividu atau golongan yang memiliki kedudukan ekonomi dan sosial yang tinggi akan mendapat penghormatan dalam masyarakat. Seorang ahli politik, pentadbir dan pemimpin masyarakat dianggap boleh menduduki kelas sosioekonomi yang tinggi, manakala golongan seperti petani, nelayan, pekedai, buruh dan sebagainya tidak memiliki kelas sosioekonomi ini. Kelas sosioekonomi yang baik amat penting dalam mempengaruhi pembinaan demokrasi sesebuah negara.
political communitykomuniti politikSains PolitikPolitik PerbandinganSekelompok anggota masyarakat yang dibentuk berasaskan hubungan politik. Hubungan yang mengikat anggota masyarakat ini tidak berasaskan kebudayaan, ekonomi atau sosial. Komuniti ini boleh terdiri daripada satu kelompok minoriti yang sedang bergerak memperjuangkan kemerdekaan dan matlamat tertentu atau merupakan satu komuniti yang berpegang kepada sesuatu ideologi dan semua anggotanya berpegang kuat kepada ideologi tersebut. Contohnya, penduduk China yang lari ke Taiwan selepas Revolusi China merupakan satu komuniti politik yang tidak mahu pemerintahan komunis dan berpegang kepada pemerintahan demokrasi.
12

Kembali ke atas