| spam | spam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | E-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran. |
| spamware | perisian spam | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang digunakan oleh penspam untuk menghantar e-mel spam secara automatik. Pakej perisian ini juga termasuk dalam alat pungutan e-mel. |
| spammer | penghantar spam | Umum | Tiada | Individu yang menghantar sesuatu mesej bertubi-tubi sehingga mengganggu ketenteraman orang. |
| pengelasan teks | text classification | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses pengkategorian atau pemberian label secara automatik kepada suatu teks berdasarkan kandungan dan maknanya mengikut kelas yang ditetapkan. Contoh pengelasan teks adalah menapis e-mel yang diterima adalah spam atau tidak, mengkategorikan suatu pernyataan adalah benar atau palsu dan mengelaskan sentimen mesej yang diterima oleh pengguna. Teknik pengelasan teks lazimnya menggunakan teknik pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan pembelajaran mesin. |
| mesin sokongan vector (SVM) | support vector machine (SVM) | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Alkhwarizmi pembelajaran berselia yang menganalisis data untuk pengelasan, regresi dan pengesanan data terasing. Matlamat utama SVM adalah untuk mencari hipersatah optimum yang memisahkan data ke dalam kelas yang berbeza. SVM sangat sesuai digunakan untuk pelbagai tugas seperti klasifikasi teks, klasifikasi imej, pengesanan spam, pengecaman tulisan tangan, pengesanan muka dan pengesanan anomali. Alkhwarizmi ini mampu mengurus data berdimensi tinggi dan perhubungan tak linear. |
| honeypot method | kaedah umpan madu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah yang digunakan untuk memerangkap aktiviti pengguna hasad dengan menyediakan ruangan palsu yang boleh menarik perhatian pengguna hasad. Contoh, suatu laman web papan mesej atau buletin boleh disertakan dengan ruangan mesej yang tidak boleh dicapai oleh pengguna biasa melalui kaedah biasa, ataupun beberapa alamat e-mel palsu yang tidak pernah digunakan boleh disediakan dalam sebuah pelayan e-mel. Apabila penjana spam menghantar mesej ke ruangan mesej atau alamat e-mel tersebut, aktiviti berkenaan boleh dipantau dalam masa nyata dan dianalisis dengan teliti untuk mendedahkan lokasi sebenar pengguna hasad. Pentadbir sistem kemudiannya boleh bertindak memerangkap atau menghalang pengguna hasad daripada mencapai pelayan tersebut. Lihat juga umpan madu. |
| pembelajaran berselia | supervised learning | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Kaedah pembelajaran mesin yang mengajar atau melatih model dengan menggunakan set data latihan berlabel sepenuhnya untuk membuat keputusan. Kemudian model ini diuji dengan set data baharu tanpa label supaya model dapat mengklasifikasikan data baharu mengikut label yang sesuai. Contoh alkhwarizmi berasaskan pembelajaran berselia yang digunakan seperti mesin sokongan vektor, rangkaian neural, dan regresi linear yang diaplikasikan dalam pengecaman imej dan objek, analitik ramalan, analisis sentimen pelanggan dan pengesanan spam. |