| subprogram | subatur cara | Komputer | Tiada | Tiada |
| subprogram | subatur cara | Teknologi Maklumat | Perisian | Lihat subrutin. |
| link | paut; link | Kejuruteraan | Tiada | 1. Anggota pendek yang digunakan sebagai sokong satu arah bagi struktur.,2. Komponen penghubung pada bahagian mesin yang bergerak.,3. Satu per seratus daripada rantai jurutera, atau daripada rantai Gunter.,4. Sistem pemancar-penerima yang menghubungkan dua lokasi.,5. Bahagian subatur cara pada komputer digit, yang menghubungnya kepada atur cara utama.,6. Laluan, dalam pensuisan automatik, di antara dua unit radas pensuisan dalam pejabat pusat.,7. Rutin perisian yang membenarkan pemindahan data di antara atur cara yang tak serasi.,8. Laluan atau saluran komunikasi di antara dua komponen atau peranti.,9. Menyambung atau mengantara muka dua perisian atau perkakasan. |
| object-oriented programming | pengaturcaraan berorientasikan objek | Teknologi Maklumat | Perisian | Paradigma pengaturcaraan yang menggunakan objek dan interaksinya bagi mereka bentuk aplikasi dan atur cara komputer. Teknik pengaturcaraan ini melibatkan ciri-ciri seperti pengkapsulan, kemodulatan, polimorfisme dan warisan. Pengaturcaraan berorientasikan objek berbeza dengan paradigma lama yang melihat atur cara sebagai kumpulan tugas yang dibuat sebagai subatur cara. Dalam pengaturcaraan ini, setiap objek berupaya menerima mesej, memproses data dan menghantar mesej kepada objek lain. Teknik pengaturcaraan berorientasikan objek banyak digunakan dalam pembangunan aplikasi perisian. Teknik ini banyak digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden seperti Java dan C++. |
| abstracting program | atur cara pengabstrakan | Teknologi Maklumat | Perisian | Mekanisme bagi mengurangkan ciri-ciri yang lengkap dalam sesuatu atur cara. Mekanisme ini bertujuan untuk menjelaskan sesuatu konsep dengan cara yang ringkas dan lebih mudah difahami. Pengabstrakan melibatkan kawalan atau data. Pengabstrakan kawalan merupakan peringkasan tindakan, manakala pengabstrakan data melibatkan struktur data. Contohnya, pengabstrakan kawalan dalam pengaturcaraan berstruktur melibatkan penggunaan subatur cara dan aliran kawalan, manakala pengabstrakan data melibatkan pengendalian bit data dalam keadaan yang bermakna. Pengaturcaraan berorientasikan objek dilihat sebagai satu pendekatan untuk meringkaskan data dan kod. Lihat juga pengaturcaraan berorientasikan objek. |
| subroutine | subrutin | Teknologi Maklumat | Perisian | Sebahagian kod daripada satu atur cara yang besar untuk melakukan tugas tertentu yang secara relatifnya tidak bersandaran dengan kod yang di luar subrutinnya. Dalam membina suatu atur cara, penggunaan subrutin dapat mengurangkan kerumitan dalam menjejaki perjalanan atur cara. Hal ini penting kerana dapat membantu pengatur cara mengesan kesalahan pengaturcaraan dengan lebih sistematik. Sinonim subatur cara, fungsi, prosedur, rutin. |