| pollen substitute | debunga gantian | Pertanian | Agronomi | Makanan untuk lebah madu yang menggantikan debunga dan terdiri daripada campuran yang tinggi kandungan proteinnya. Campuran ini mengandungi tepung soya, susu tepung tanpa lemak dan yis pembru. Debunga gantian digunakan sebagai makanan lebah madu dalam keadaan sukar untuk mendapatkan debunga. |
| calf milk replacer | susu gantian anak | Veterinar | Tiada | Makanan dalam bentuk cecair yang digunakan sebagai pengganti susu ibu. Makanan ini mengandungi sekurang-kurangnya 22% protein dan 15% lemak. Susu gantian ini diperbuat daripada produk-produk susu seperti susu skim, wei, kasein dan bahan-bahan lain seperti protein soya, protein ikan, yis pembru dan lemak haiwan. Laktosa dan dektrosa merupakan sumber karbohidrat yang kerap dimasukkan ke dalam campuran ini. Bahan-bahan ini dipasarkan dalam bentuk serbuk dan dicampurkan dengan air sebelum diberi kepada ternakan. |
| soya protein concentrate | konsentrat protein soya | Veterinar | Tiada | Protein bermutu yang diperoleh daripada biji kacang soya. Aras proteinnya tinggi melebihi 50% dan digunakan untuk makanan manusia dan haiwan. Bahan ini kerap digunakan sebagai pengganti susu dalam makanan anak ternakan. Bahan ini juga boleh digunakan dalam pembuatan produk daging tiruan untuk makanan manusia. |
| ultra-high temperature treatment/UHT treatment | rawatan UHT | Pertanian | Agroteknologi | Proses untuk mengawet bahan makanan, terutamanya susu dengan cara menyahkumankannya menggunakan haba setinggi 135o C selama 1-2 saat, yang akan membasmi spora dalam susu tersebut. Susu UHT boleh tahan sehingga 6 - 9 bulan sebelum dibuka dan tidak perlu disimpan dalam suhu yang rendah. Rawatan UHT juga digunakan untuk mengawet bahan makanan lain seperti jus buah-buahan, krim, susu kacang soya, yogurt, sup dan madu. Proses rawatan UHT telah diperkenalkan pada tahun 1960 dan produk UHT mula digunakan pada tahun 1970. |
| infant formula | rumusan bayi | Sains Kesihatan | Tiada | Susu yang dirumus khas daripada susu lembu atau soya untuk bayi. |
| galactagogue | galaktagog | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Contohnya, soya dan sarsaparila. |
| milk replacer | pengganti susu | Veterinar | Tiada | Bahan makanan yang disediakan untuk menggantikan susu. Bahan ini terdiri dalam bentuk serbuk yang seharusnya mengandungi protein sebanyak 22% dan lemak 15%. Protein yang sebaik-baiknya perlu berasal daripada hasil susu. Walau bagaimanapun, protein daripada kacang soya juga boleh digunakan. Bahan makanan jenis ini sesuai diberi kepada anak ternakan yang baru disapih dari ibunya. |
| preruminant animal | haiwan praruminan | Veterinar | Tiada | Anak haiwan ruminan yang baru lahir sehingga berumur beberapa minggu sebelum terbentuknya rumen. Anak haiwan ini perlu diberi makanan yang mudah dicerna kerana perutnya belum boleh menerima bahan yang berserabut tinggi. Susu yang diminum oleh anak haiwan ini akan melalui alur esofagus untuk sampai ke abomasum. Sekiranya dipisahkan daripada ibunya, anak haiwan ini mestilah diberi minuman pengganti susu yang mengandungi bahan yang mudah dicerna seperti susu tepung, glukosa, kanji, dan sumber protein seperti hampas kacang soya dan mil ikan. Apabila rumen terbentuk, alur esofagus ini akan hilang dengan sendiri. Lihat juga ruminan. |
| prestarter diet | diet prapemula | Veterinar | Tiada | Makanan yang pertama kali diperkenalkan kepada anak haiwan yang baru mula memakan bahan makanan pepejal. Makanan jenis ini mengandungi protein dan tenaga pada aras yang tinggi serta mudah dicerna. Bagi ternakan ruminan dan babi, makanan ini mengandungi susu tepung, kanji dan kacang soya untuk menggalakkan pengambilannya. Anak ternakan yang menyusu boleh diberi makanan ini apabila mencapai umur 1-2 minggu sebagai galakan untuk memakan makanan pepejal. |
| rumen degradable protein (RDP) | protein boleh urai rumen | Veterinar | Tiada | Protein yang mempunyai nilai kebolehuraian yang tinggi dalam rumen. Protein ini akan diubah menjadi protein bakteria dan protozoa yang mempunyai nilai biologi (BV) sebanyak 0.7-0.75. Protein dalam makanan akan dihidrolisis oleh mikroorganisma dalam rumen menjadi peptida dan asid amino, tetapi sebahagiannya akan diurai lagi melalui tindak balas penyahaminaan menjadi asid organik, ammonia dan karbon dioksida. Contoh protein ini ialah kacang soya, mil daging, susu dan telur. Nitrogen bukan protein (NPN) seperti urea, asid urik dan ammonia boleh dianggap sebagai protein boleh urai kerana ia boleh juga diubah menjadi protein bakteria dalam rumen. Lihat juga protein tak boleh urai rumen. |