| ‘aqd ghair sahih | akad tak sah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang tidak sempurna rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli barangan yang tidak wujud, barangan bukan milik atau jual beli oleh pihak yang tidak berkelayakan untuk berakad. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini terbatal serta fasid. |
| aqd bāṭil | akad batal | Perniagaan Islam | Tiada | Akad dalam urus niaga yang kekurangan salah satu rukun atau syaratnya. Contohnya, akad yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang gila. Mengikut jumhur fuqaha selain mazhab Hanafi, jual beli produk najis seperti babi dan arak adalah batil kerana barangan tersebut tidak bernilai menurut syarak. |
| ‘aqd sahih | akad sah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak yang sempurna rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli harta yang dibenarkan oleh syarak dan sah pemilikan harta dengan bayaran. |
| aqd fāsid | akad fasid | Perniagaan Islam | Tiada | Akad dalam urus niaga yang diharuskan oleh syarak, tetapi wujud kekeliruan pada rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli sebuah daripada deretan rumah atau sebuah daripada himpunan kereta. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini dianggap fasid sehingga diperjelaskan maklumat mengenai rumah atau kereta tersebut. |
| ‘aqd munjiz | akad berkuat kuasa segera | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak dengan lafaz tanpa syarat. Contohnya, pernyataan "Saya jualkan kereta ini dengan harga RM 40 000 kepada awak" dan dijawab "Saya terima". Akad jual beli ini memberi kesan segera apabila memenuhi rukun dan syaratnya, dan berlaku pertukaran dan bayaran. Walau bagaimanapun, terdapat dua bentuk akad munjiz yang tidak terlaksana secara segera, iaitu akad wasiat dan akad melantik wasi. Kedua-dua akad muamalat ini berkuat kuasa secara mutlak selepas kematian pewasiat atau wali. Sinonim lafaz berkuat kuasa segera. |