Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bi.Öi] | طبيعي

Definisi : Ar menurut sifat (keadaan, bentuk) kejadiannya; ilmu ~ ilmu fizik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bi.Öi] | طبيعي

Definisi : mengikut sifat (keadaan, pem­bawaan dll) yg asli atau yg semula jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabii (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sifat semula jadi, sifat alamiah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
penjanaan bahasa tabiinatural language generationKecerdasan BuatanKomunikasiSubbidang pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang bertumpu pada pembangunan sistem AI yang mampu menjana teks atau pertuturan secara automatik. Proses ini menggunakan teknik NLP untuk memanipulasi data, fakta atau maklumat berstruktur kepada bahasa tabii yang koheren, relevan daripada segi konteks dan tatabahasa, seolah-olah ia ditulis atau dituturkan oleh manusia. Contoh aplikasi yang menggunakan teknologi ini untuk berkomunikasi dengan manusia ialah bot sembang, pembantu maya dan soal jawab. Lihat juga pemahaman bahasa tabii, pemprosesan bahasa tabii.
natural language understandingpemahaman bahasa tabiiKomputerTiada1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU.
pemahaman bahasa tabii (NLU)natural language understanding (NLU)Kecerdasan BuatanKomunikasiSubbidang pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang menumpukan kepada pembangunan sistem AI yang dapat mentafsir dan memahami input bahasa tabii mengikut konteks. NLU membolehkan mesin mengekstrak maklumat bermakna daripada teks atau pertuturan manusia yang tidak berstruktur, termasuk mengenal pasti maksud, niat dan hubungan semantik dalam ujaran.
natural language processingpemprosesan bahasa tabiiKomputerTiada1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memproses bahasa tabii manusia. 2. Tindakan memproses bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLP.
terjemahan mesinmachine translationKecerdasan BuatanKomunikasiProses automatik yang menggunakan kaedah pengkomputeran dan alkhwarizmi AI untuk menterjemahkan teks atau pertuturan daripada satu bahasa tabii ke bahasa tabii yang lain. Sistem ini menganalisis struktur dan makna bahasa sumber sebelum menjana terjemahan dalam bahasa sasaran secara pantas dan berskala. Contoh aplikasi terjemahan mesin ialah Google Translate, Microsoft Translator dan ChatGPT Translator.
natural radionuclideradionuklid tabiiKejuruteraanTiadaNuklid tabii yang mempunyai ciri keradidoaktifan.
natural uraniumuranium tabiiKejuruteraanTiadaUranium dalam bentuk tabii.
extinct natural radionuclidesradionuklid tabii pupusKejuruteraanTiadaRadionuklid tabii yang tidak wujud lagi.
natural neutronneutron tabiiKejuruteraanTiadaNeutron yang dihasilkan daripada sumber tabii.
natural radioactive elementunsur radioaktif tabiiKejuruteraanTiadaNuklid tabii yang mempunyai ciri keradioaktifan.
12345678910...

Kembali ke atas