| synchronous learning | pembelajaran segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama. Kemudahan seperti sidang video atau telesidang digunakan jika pelajar dan guru berada di lokasi yang berbeza. Banding pembelajaran tak segerak. |
| informal education | pendidikan tak formal | Pendidikan | Tiada | 1. Sistem pendidikan yang tidak menyatakan peranan guru dan pelajar secara jelas. |
| asynchronous learning | pembelajaran tak segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi bukan dalam masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi berbeza. Pelajar boleh menggunakan kemudahan pembelajaran seperti bilik darjah, komputer dan bahan pengajaran yang sama, tetapi mengikut giliran penggunaan pada waktu yang berbeza. Banding pembelajaran segerak. |
| informal assessment | pentaksiran tak formal | Pendidikan | Tiada | Pentaksiran yang menggunakan ujian yang tidak formal atau tatacara yang kurang berstruktur dan tidak piawai yang biasanya disediakan oleh guru kelas. |