Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
landscape architectureseni bina landskapKesenianSeni BinaSeni reka rupa bentuk bumi dan alam persekitaran di luar bangunan yang merangkumi landskap lembut seperti tanam-tanaman dan reka bentuk kawasan air buatan, dan landskap kejur seperti laluan pejalan kaki, perabot taman, taman permainan dan termasuk juga pencahayaan taman.
space articulationgubahan ruangLandskapTiadaSeni menyusun ruang untuk menghasilkan kegunaan yang paling optimum bagi tujuan tertentu seperti ruang pameran dan taman permainan kanak-kanak.
neighbourhood restorationpemulihan kejirananKriminologiKeadilan JenayahSatu kaedah pencegahan jenayah untuk menyelesaikan masalah persekitaran dan kemasyarakatan di sesuatu kawasan kejiranan. Contohnya, penyediaan taman permainan di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah bagi menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang sihat sekali gus mengelakkan keterlibatan mereka daripada tingkah laku melencong.
landscape establishmentpembentukan landskapLandskapTiadaUsaha yang dilakukan untuk mewujudkan landskap yang teratur di suatu kawasan seperti menyediakan laluan kenderaan dan pejalan kaki, tempat rehat, taman permainan dan sebagainya.
County CouncilMajlis KawasanPentadbiranTiadaBadan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
vegetated swalealur bertumbuhanLandskapTiadaParit kecil yang dilapisi dengan rumput dan tumbuhan kecil seperti senduduk dan resam. Parit ini biasanya terdapat di sekitar kawasan taman, padang permainan dan kawasan semula jadi.
neighbourhood landscapelandskap kejirananLandskapTiadaPersekitaran kawasan perumahan seluas 0.5 hektar hingga 15 hektar yang mengandungi kawasan lapang awam, taman dan padang permainan.
gaming entertainmenthiburan permainanPelanconganTiadaKemudahan berbentuk hiburan yang disediakan untuk pengunjung, seperti taman hiburan dan pesta ria.
social landscapelandskap sosialLandskapTiadaSeni taman yang menggambarkan pelbagai aktiviti sosial melalui pembahagian ruang mengikut fungsinya seperti kawasan permainan kanak-kanak dan tempat orang tua berehat.
green infrastructureinfrastruktur hijauPertanianAgroteknologiInfrastruktur yang menggunakan kawasan-kawasan hijau seperti taman rekreasi, hutan simpanan dan padang permainan untuk menjadi kawasan yang menakung air supaya mendapat sumber air yang bersih selain untuk mengelakkan kejadian banjir kilat. Ia juga termasuk terowong cekap yang berfungsi untuk mengalirkan air sekiranya berlaku limpahan air daripada sungai. Matlamat infrastruktur hijau adalah untuk mendapatkan persekitaran yang selesa dan selamat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kualiti pengudaraan, pengeluaran tenaga mapan dan air bersih, kesihatan tanah yang baik, dan meningkatkan kualiti kehidupan.
12

Kembali ke atas