ragi tangga-tangga(Br.) | ragi tangga-tangga(Br.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur benda berbentuk tangga. |
stringer | ibu tangga | Kesenian | Hiasan Dalaman | Komponen penting tangga bagi menyokong anak tangga. Ibu tangga biasanya diperbuat daripada kayu, konkrit, dan logam. |
stepladder | steplader | Sukan | Boling | Salah satu sistem permainan di peringkat penentuan untuk menentukan kedudukan pemain mengikut urutan anak tangga. Pemain di tangga kelima akan bertemu dengan pemain di tangga keempat. Pemenangnya akan bertemu pula dengan pemain di tangga ketiga. Seterusnya, pemenang akan bertemu dengan pemain di tangga kedua. Pemenang selanjutnya akan bertemu pula dengan pemain di tangga pertama. Apabila pemain di tangga pertama memenangi pertandingan , ia akan menjadi juara. Sebaliknya apabila ia kalah, mereka akan bertemu dalam perlawanan pematah seri (bergantung pada peraturan yang ditetapkan oleh penganjur). |
landing and stairs | anjung tangga dan tangga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
anak tangga bulat | anak tangga bulat | Kesenian | Tiada | Alat ukir daripada besi yang bertangkai kayu dan bermata besi bertangga-tangga separuh bulat, digunakan untuk mengukir dan mencuci lubang dalam ukiran tebuk tembus. |
anak tangga leper | anak tangga leper | Kesenian | Tiada | Alat ukir daripada besi yang bertangkai kayu dan bermata besi yang leper serta bertangga-tangga, digunakan untuk mengukir dan mencuci lubang dalam ukiran tebuk tembus. |
housed joint | tanggam tumpu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanggam yang digunakan pada anak tangga dan peha tangga yang terbentuk dengan cara membuat takukan pada satu anggota kayu bagi menerima bahagian hujung anggota kayu yang satu lagi. Contohnya dalam pembinaan sambungan di antara anak tangga dengan peha tangga. |
stringer | ibu tangga | Landskap | Tiada | Kayu pada bahagian atas tangga yang menghubungkan tangga dengan lantai rumah. |
flight | larian tangga | Kesenian | Hiasan Dalaman | Struktur binaan berbentuk deretan tangga secara menegak, melengkung atau bulat. Binaan ini membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. |
corak tangga emas | corak tangga emas | Kesenian | Tiada | Coak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga yang diatur bertingkat-tingkat, terdapat pada batik sarung. |