Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembeling

Puisi
 

Bergiat beguk Ulu Tembeling,
     Nampak dari Pulau Sari;
Adik duduk sanggul melintang,
     Bagai bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analogyanalogiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPerbandingan data arkeologi yang sama dengan jumpaan di tapak lain untuk mengetahui fungsi, pentarikhan dan konteks budayanya. Perbandingan susunan data arkeologi antara petak ekskavasi boleh diuji berdasarkan konteks budaya. Contohnya, pisau tembeling yang dijumpai di Hulu Tembeling (Pahang) dibandingkan dengan Jenderam Hilir (Selangor). Sinonim bandingan.
bark-cloth beateralat pemukul kain-kulit kayuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat perniagaan Zaman Neolitik yang digunakan untuk menumbuk kulit kayu untuk dijadikan pakaian. Di Malaysia, alat ini mempunyai bahagian pemegang dan pemukul yang berbentuk bujur, bulat dan persegi empat. Corak yang terdapat pada bahagian pemukul mempunyai hiasan dan garis yang saling menyilang lurus, dua garis yang saling menyilang serong curam. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Musang, Gua Madu, Gua Cha (Kelantan), Tui Gold Mine, Ulu Dong, Nyong dan Sungai Tembeling (Pahang), Changkat Menteri (Perak) dan Ampang (Selangor).
shoulder adzebeliung berbahuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeliung yang wujud pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Beliung berbahu mempunyai bentuk fizikal yang kecil, mata bersudut, bahagian badan bersegi empat kecil. Alat ini digunakan dalam aktiviti sesuatu upacara dan juga dijadikan sebagai alat untuk menarah. Tonjolan bersegi empat kecil digunakan sebagai asas meletakkan alat pemegang. Beliung berbahu mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kapak bertakik tetapi terdapat sedikit perbezaan kerana kapak bertakik mempunyai pinggang di bahagian atas sementara badan dan matanya agak membulat. Beliung berbahu ditemui di tapak arkeologi di Rasa., Jenderam Hilir (Selangor) dan Hulu Tembeling (Pahang),
beaked adzebeliung berparuhArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeliung berbentuk persegi empat panjang dan persegi empat tepat. Pada bahagian mata terdapat dua kesan tarahan yang dilakukan pada bahagian sisi kiri dan kanan dengan kesan garis pemisah di bahagian tengahnya. Bentuk beliung berparuh yang utama ialah pertama sekiranya dilihat dari atas, bahagian tarahan mata berbentuk V dan bahagian mata yang tajam berbentuk bulat. Bentuk kedua, bahagian pemisah antara bahagian mata masih berbentuk V tetapi hujung matanya seakan-akan bersegi empat yang ditarik ke bawah. Ketiga, kesan garis pada mata berbentuk W dan tidak terdapat garis pemisah manakala bentuk keempat, kesan garis pada mata berbentuk U dan tidak terdapat garis pemisah. Antara tapak penemuan beliung berparuh ialah di Hulu Tembeling (Pahang), Bukit Chuping (Perlis), Gua Madu (Kelantan) dan Tanjung Malim (Perak).

Kembali ke atas