| near point | titik terdekat/ takat terdekat | Perubatan | Tiada | Tiada |
| adjacent set (Shortest Route Problem) | set bersebelahan (Masalah Jalan Terdekat) | Pentadbiran | Tiada | Nod-nod dalam Masalah Rangkaian jalan terdekat yang berkait secara langsung dengan nod-nod dalam set kekal yang mana jalan-jalan terdekat masih belum ditentukan lagi. |
| nearest month | bulan terdekat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bulan terdekat dengan bulan semasa yang menunjukkan sesuatu kontrak opsyen atau komoditi boleh didapati untuk diniagakan. |
| shortest path tree | pokok laluan terdekat | Pentadbiran | Tiada | Laluan terdekat dari punca ke semua nod. |
| القربى (ذوى القربى) | kerabat terdekat | Agama Islam | Fiqh | Keluarga Rasulullah yang terdekat (Bani Hasyim dan Bani Mutalib). |
| whole dollar premium | premium dolar genap | insurans | Tiada | Premium yang digenapkan ke ringgit yang terdekat dan tidak dibawa kepada sen yang terdekat. Contoh: 51 sen atau lebih biasanya digenapkan kepada satu ringgit dan sebarang jumlah sen yang kurang daripada itu tidak diambil kira. |
| whole dollar premium | premium dolar genap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Premium yang digenapkan ke ringgit yang terdekat dan tidak dibawa kepada sen yang terdekat. Contoh: 51 sen atau lebih biasanya digenapkan kepada satu ringgit dan sebarang jumlah sen yang kurang daripada itu tidak diambil kira. |
| Anycast | siar jiran | Teknologi Maklumat | Tiada | Penghantaran isyarat kepada penerima yang terdekat dalam kumpulan dengan penyiar. Contohnya hos akan menghantar isyarat seperti jadual laluan kepada penerima yang terdekat dengan penyiar. Penerima yang menerima jadual laluan tersebut bertanggungjawab untuk menyiar semula jadual laluan tersebut kepada penerima tedekat dalam kumpulan. Kaedah ini digunakan dalam protokol Internet IPv6 versi 5. Banding siaran, multisiar. |
| contact ratio | nisbah sentuh | Mekanik | Gunaan | Nisbah lengkok sentuh bagi gear terhadap pic bulat gear itu. nombor bulat terdekat yang melebihi nilai ini ialah bilangan maksimum bagi beberapa pasang gigi yang bersentuhan. Nombor bulat terdekat yang kurang daripada nilai nisbah sentuh ini memberikan bilangan minimum bagi beberapa pasang gigi yang bersentuhan. |
| teknik jiran terdekat | nearest-neighbour technique | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Kaedah yang berasaskan nilai fungsi kemiripan atau kedekatan untuk mencari penyelesaian masalah komputeran. Kaedah ini digunakan dalam pembelajaran mesin atau penggelintaran. Dalam pembelajaran mesin, kaedah ini digunakan untuk mencari data yang paling mirip atau dekat dengan data yang baharu menggunakan fungsi kedekatan. Contohnya, jarak Euclid atau jarak kosinus. Dalam penggelintaran pula, seperti dalam masalah jurujual kembara, fungsi jarak digunakan untuk menentukan jiran terdekat bagi membina laluan yang optimum. |