| thermal | terma | Sains | Tiada | Isi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan. |
| thermal radiation | sinaran terma | Sains | Hidrometeorologi | Sinaran elektromagnet yang dipancarkan oleh bahan sebagai hasil pengujaan terma molekulnya. Sinaran terma menjulat daripada sinaran inframerah yang paling panjang kepada sinaran ultralembayung yang paling pendek. |
| heat convection | ohm terma | Fizik | Haba | Unit rintangan terma yang bersamaan dengan rintangan terma pada keadaan perbezaan suhu 1 kelvin. Kuantiti ini menghasilkan aliran entropi 1 watt per kelvin. |
| thermal farad | farad terma | Fizik | Haba | Unit bagi kapasitans terma yang bersamaan dengan kapasitans terma jasad yang pertambahan entropinya sebanyak 1 joule per kelvin bagi kenaikan suhu 1 kelvin. |
| thermal leakage factor | faktor bocor terma | Kejuruteraan | Tiada | Bilangan neutron terma yang hilang daripada teras reaktor dibahagi dengan jumlah bilangan neutron terma terhasil dalam model satu kumpulan. |
| thermal utilisation factor | faktor penggunaan terma | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah bilangan neutron terma terserap dalam nuklid mudah belah terhadap jumlah bilangan neutron terma terserap dalam semua bahan dalam teras reaktor. |
| indicated thermal efficiency | kecekapan terma tertunjuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Nisbah kuasa terma setara dengan kuasa kuda tertunjuk yang dihasilkan oleh enjin berbanding dengan tenaga terma bahan api yang dibekalkan dalam enjin salingan pada jeda masa yang sama. |
| thermal model | model terma | Aeroangkasa | Tiada | Model sebenar pesawat untuk menguji sistem kawalan terma dan komponen-komponen yang tertentu bagi memastikan ia beroperasi dengan baik dalam persekitaran terma angkasa. |
| linear thermal analysis | analisis terma linear | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan sifat pengembangan terma dan ciri-ciri pembentukan bahan seperti kegagalan tegasan terma. |
| ratchetting | penggearan sehala | Kejuruteraan | Tiada | Gerakan secara berterusan yang terbit oleh kitaran terma yang menyebabkan pengembangan terma. |