| cement channelling | penyaluran simen | Kejuruteraan | Petroleum | Kejadian buburan simen yang berada di dalam anulus tidak naik secara seragam di sepanjang anulus. Hal ini mungkin terjadi semasa operasi penyimenan sedang berlangsung. |
| up-and-out option | opsyen naik-keluar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Opsyen beli di pasaran atas kaunter yang mempunyai peruntukan bahawa jika harga sekuriti sandarannya tidak naik pada paras tertentu, opsyen dibatalkan. |
| neutral equilibrium | keseimbangan neutral | Fizik | Mekanik | Keadaan keseimbangan suatu sistem yang mempunyai tenaga keupayaan malar. Sebagai contoh, apabila silinder yang berada di atas permukaan mengufuk (lihat rajah) dikenai daya luar, pusat gravitinya tidak naik atau turun dari permukaan mengufuk. Silinder itu tidak cenderung untuk bergerak dalam mana-mana arah apabila daya luar dihilangkan. keseimbangan tak kisah c c = pusat graviti |
| dipping | enjut | Sukan | Tiada | 2. Enjut: Sejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban dipegang pada bahagian hadapan bahu dan dienjut naik tidak melepasi kepala dan dilakukan berulang kali. |
| fluctuating current | arus turun naik | Teknik | Elektrik | arus elektrik yang berubah-ubah, yang nilainya turun naik dengan tidak menentu. |
| Artesian water | air Artesian | Biologi | Ekologi | Air tanah yang mempunyai tekanan yang mencukupi supaya dapat naik melebihi aras yang dapat dilihat sebagai perigi, tetapi tidak semestinya naik melebihi aras tanah. Air Artesian merupakan salah satu jenis air tanah yang penting dalam kitar air terestrial. |
| marigram | marigram | Sains Marin | Tiada | Rekod grafik tentang gerakan turun naik aras pasang surut yang dinyatakan sebagai suatu lengkuk yang berlaku disebabkan oleh aras permukaan laut yang tidak tetap kebiasaannya akan naik dan turun. Alat untuk merekod gerakan ini dinamakan marigraf. |
| stiff mix | pukul naik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah memukul adunan sehingga naik dan kembang seperti putih telur, krim dan meringue dan jika diterbalikkan mangkuk yang berisi adunan itu, adunan itu tidak akan jatuh. |
| under cutting | pukulan naik deras | Sukan | Tiada | Cara memukul bola bersudut luas yang menyebabkan bola naik laju. Dalam keadaan begini, pengadil akan menentukan, sama ada perkara ini menyalahi peraturan atau tidak. |
| kinked demand | permintaan terpatah | Ekonomi | Tiada | Permintaan yang tidak bersambungan bagi firma oligopoli kerana pesaing-pesaing akan bertindak mengikuti harganya jika turun dan tidak apabila harganya naik. |