| pay inequity | ketaksaksamaan upah | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Keadaan pemberian upah yang tidak setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama disebabkan oleh faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Sinonim pay disparity, pay gap. Banding pay equity. |
| pelog | pelog | Muzik | Tiada | Skel tujuh not dalam gamelan Jawa. Jeda di antara satu not dengan not yang lain tidak sama besar. Skel pelog dimainkan dalam tiga mod atau pathet. Not keempat dalam skel pelog dikenali juga sebagai pelog. |
| figurative language | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa untuk menerangkan sesuatu perkara dengan mengiaskan perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan bandingannya atau dengan tidak menyebutkan sebarang bandingnya. |
| figure of speech | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa untuk menerangkan sesuatu perkara dengan mengiaskan perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan bandingannya atau dengan tidak menyebutkan sebarang bandingnya. |
| vugh | vug | Pertanian | Tiada | Lowong besar yang tidak nalar dan biasanya tidak bersambung dengan lowong-lowong lain yang mempunyai saiz yang sama. |
| contagion | penjangkitan | Perubatan | Tiada | Pemindahan penyakit dari seorang individu kepada yang lain, sama ada melalui suaan terus dengan pesakit atau tidak terus melalui vektor. |
| contagion | penjangkitan | Kesihatan Awam | Tiada | Pemindahan penyakit dari seorang individu kepada yang lain, sama ada melalui kontak langsung dengan pesakit atau tidak langsung melalui pembawa. |
| ordinary gear train | rangkaian gear biasa | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Susunan beberapa gear yang saling berkait antara satu sama lain dengan semua paksi tetap yang berada dalam keadaan yang tidak berganjak relatif terhadap kerangka. Rangkaian gear biasa boleh digunakan dalam mesin larik dan unit pacuan mesin tambahan pada kenderaan berat. |
| pay equity | kesaksamaan upah | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Prinsip pemberian gaji yang setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama tanpa mengira faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Banding pay inequity. |
| stepped excavation | ekskavasi bertakat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi melibatkan kawasan petak yang dalam dan berbentuk seperti tangga, iaitu antara satu lapisan dengan satu lapisan lain yang tidak sama aras ketinggiannya. Ekskavasi bertakat bertujuan memudahkan laluan keluar masuk ke petak penggalian, melihat kesinambungan artifak atau fitur antara dua petak berhampiran dan melihat keluasan sebenar tapak yang mengandungi data arkeologi. Kaedah ini kerap digunakan pada tapak perkotaan dan monumen. Sinonim gali cari bertakat. |