| whale shark | yu paus | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Rhincodontidae, spesies Rhincodon typus, iaitu jenis ikan luar pesisir yang berhijrah jauh di antara laut bebas dengan perairan negara dan kembali ke tempat asal pada musim membiak. Yu paus merupakan spesies ikan yang dilindungi. Badan ikan ini berwarna kelabu di bahagian atas dan bewarna putih di bahagian bawah. Terdapat tiga banjaran yang jelas pada sisi kanan dan kiri serta jaluran berbintik kuning di sekeliling badan. Mulutnya pula berada di bahagian depan muncung. Yu paus merupakan ikan yu terbesar yang boleh mencapai panjang 12 meter tetapi tidak berbahaya kepada manusia. Ikan ini hanya memakan plankton nekton melalui alat penyaring yang terdapat di dalam mulutnya. Yu paus bergerak secara bersendirian dan kadangkala bergerak secara berkumpulan, iaitu dalam lingkungan 100 ekor. Ikan ini biasanya berenang bersama-sama ikan pelagik seperti ikan skombrid dan boleh ditangkap dengan menggunakan tombak. |