| beam transformation | ubah bentuk alur | Kejuruteraan | Tiada | Ubah bentuk alur laser yang menggunakan sistem matriks. |
| deformation | ubah bentuk | Kejuruteraan | Polimer | Peralihan atau pergerakan suatu titik di atas jasad yang relatif kepada titik yang berhampiran. Ubah bentuk lazimnya digunakan untuk menjelaskan terikan. |
| firmoviscosity | firmokelikatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Sifat bahan apabila tegasan adalah bersamaan dengan hasil tambah ubah bentuk dan kadar perubahan ubah bentuk. |
| elasticity | keanjalan | Kejuruteraan | Polimer | Keupayaan bahan untuk pulih kepada dimensi asal setelah daya yang menyebabkan ubah bentuk disingkirkan. Apabila ubah bentuk sesuatu bahan berkadar terus dengan daya yang dikenakan, bahan ini menunjukkan ciri keanjalan Hookean atau keanjalan unggul. |
| crippling stress | tegasan lumpuh | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Tegasan yang menyebabkan ubah bentuk plastik pada logam apabila logam tersebut dikenakan beban yang digantung padanya. Ubah bentuk ini terjadi bersandarkan masa disebabkan oleh gelincir yang terjadi di sepanjang arah kristalografi dalam setiap kristal bersama-sama dengan sedikit aliran bahan sempadan bijian. Selepas beban dibebaskan sepenuhnya, sebahagian kecil perubahan plastik ini kembali ke kedudukan asal dan yang lain kekal terubah. |
| rolling resistance | rintangan guling | Mekanik | Gunaan | Rintangan terhadap gerakan guling roda bebas disebabkan oleh ubah bentuk yang berlaku pada roda itu dan pada landasannya di kawasan sentuhan. Ubah bentuk berkenaan menyebabkan sentuhan berlaku pada suatu kawasan terhingga dan bukannya pada suatu titik. Dengan sebab itu, daya tindak balas yang dikenakan oleh landasan pada roda tidaklah tegak tetapi sendeng sedikit. Oleh itu, titik tindakannya bukan berada betul-betul di bawah pusat roda sebaliknya ke hadapan sedikit [Rajah R2]. Komponen daya tindak balas pada arah mendatar merintangi gerakan roda itu. Lihat juga pekali rintangan guling. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 167 RAJAH R2 |
| deformable body | jasad boleh ubah bentuk | Mekanik | Gunaan | Jasad yang unsur-unsur jirimnya (atau zarah yang membentuknya) mengalami perubahan jarak di antarasatu dengan yang lain apabila ditindak oleh sistem daya umum. Perubahan jarak tersebut mempunyai kesan terhadap analisis ilmu mekanik. Dalam ilmu mekanik gunaan, jasad boleh ubah bentuk yang terlibat hanyalah pegas sahaja. Lihat juga jasad tegar. |
| distortion | pengherotan | Mekanik | Gunaan | Perubahan bentuk yang sementara. Pengherotan mempunyai makna yang hampir sama dengan ubah bentuk cuma pengherotan biasanya digunakan untuk perubahan yang bersifat sementara sedangkan ubah bentuk biasanya digunakan untuk perubahan bentuk yang kekal. |
| elastic potential energy | tenaga upaya anjal | Mekanik | Gunaan | Tenaga upaya yang disebabkan oleh ubah bentuk pegas anjal. Bagi pegas linear, tenaga upaya anjal Va diberikan oleh ungkapan, Va = kx2 dengan k sebagai kekakuan pegas dan x ialah ubah bentuk pegas itu apabila diukur nisbi terhadap bentuknya yang tak terubah bentuk. Tenaga upaya anjal merupakan kerja yang akan dilakukan untuk mengembalikan pegas itu ke kedudukan keseimbangannya. Nilai Va sentiasa positif. |
| deform | cangga; ubah bentuk; cacat | Fizik | Tiada | Tiada |