| dyad symmetry | simetri diad | Biologi | Genetik | Jujukan DNA yang mempunyai ulangan dalam arah yang bertentangan pada molekul yang sama. ulangan songsang, ulangan kepala-ke-kepala, ulang ekor-ke-ekor. |
| repeated sequence | jujukan ulangan | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Satu set jujukan bes berulang dalam rantai DNA. Terdapat pelbagai jenis jujukan ulangan, antaranya jujukan ulangan tandem |
| burden | ulangan | Kesusasteraan | Puisi | Aspek penekanan sama adu pada bunyi suku kata, perkataan, rangkap, frasa, pola rima atau baris dalam sesebuah puisi. Aspek ulangan ini dilakukan oleh penyair dalam bentuk mendatar atau menegak. Ulangan mendatar seperti pada puisi "Sayang Disayang" karya Salmi Manja, rnanakala ulangan rnenegak seperti puisi "Lagu Anak Revolusi" karya Dharrnawijaya: berlagulah ia ... (R:3, b:1) berlagulah ia ... (R:3, b:2) ya, lagu anak revolusi ... (R:5, b:l) lagu anak revolusi (R:5, b:3) (Lagu Anak Rel'(J/usi) senyumlah senyum (R:5, b:5) (Sayang Disayang) |
| simple sequence repeats (SSR) | ulangan jujukan ringkas (SSR) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan DNA yang terdiri daripada ulangan dua hingga lima bes secara berturutan. Ulangan jujukan ringkas ini juga dikenali sebagai mikrosatelit DNA. |
| repetition | ulangan | Muzik | Tiada | Frasa muzik yang diulangi secara tepat. Sekiranya ulangan melibatkan sedikit perubahan dari segi jeda atau ritma, frasa muzik ini dikenali sebagai ulangan bervariasi. |
| short tandem repeat | ulangan tandem pendek | Sains Forensik | Tiada | Unit ulangan bagi jujukan DNA yang sama yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom. Jujukan yang diulangi biasanya ialah sepanjang dua hingga tujuh pasangan bes yang disambung secara tandem antara satu sama lain. Bilangan ulangan ini berbeza antara individu dan menghasilkan lokus polimorfik. Lokus yang mempunyai ulangan tandem pendek menjadi penanda genetik yang penting dalam pemeriksaan DNA forensik pada masa kini. Singkatan STR. Sinonim mikrosatelit. Lihat juga lokus polimorfik. |
| variable number tandem repeat | ulangan tandem bilangan berubah | Sains Forensik | Tiada | Unit ulangan bagi jujukan DNA yang serupa yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom. Bilangan ulangan ini berbeza di antara individu dan ia menjadi asas untuk pemprofilan DNA forensik yang menggunakan kaedah RFLP. Singkatan VNTR. Sinonim minisatelit. |
| tandem repeat | ulangan tandem | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Susunan dua atau lebih pasangan bes DNA yang berulang dan ulangan tersebut terletak bersebelahan antara satu sama lain dalam kromosom. Ulangan tandem biasanya berkaitan dengan DNA tak mengekod. |
| tandem repeats | ulangan tandem | Sains Forensik | Tiada | Unit ulangan bagi jujukan DNA yang sama dan disusun secara berturut-turut dalam kromosom. Contohnya, dalam jujukan ATCGATCGATCGATCG, jujukan pendek ATCG diulang sebanyak empat kali. Dalam pengujian forensik DNA yang berdasarkan ulangan tandem pendek, jujukan pendek ini biasanya terdiri dari 2 hingga 7 nukleotida. |
| rerun | siaran ulangan | Komunikasi | Korporat | Rancangan radio dan televisyen yang disiarkan semula pada waktu lain daripada masa siaran asal. Rancangan yang disiarkan adalah dalam bentuk dan sifat yang sama seperti rancangan asal. Siaran ulangan dilakukan oleh stesen siaran yang sememangnya menyediakan kemudahan tayangan semula bagi memenuhi format asal stesen berkenaan. Selain itu, siaran ulangan dilakukan untuk memenuhi permintaan khas daripada khalayak. Terdapat juga stesen yang menayangkan siaran ulangan untuk mengisi ruang siaran yang terluang kerana rancangan asal tidak dapat disiarkan. Pihak stesen siaran biasanya akan menyimpan atau mengarkibkan rancangan yang penting, istimewa, dan mendapat sambutan khalayak untuk tujuan siaran ulangan. Pengulangan siaran memberikan keuntungan kepada syarikat yang berkenaan, sama ada dari segi kos atau citra korporat. |