| dendrite | dendrit | Perubatan | Tiada | 1. Dendrit: Cabang kecil unjuran-unjuran badan sel neuron, membuat sentuhan dengan neuron lain pada sinaps. |
| cytoplasmic streaming | pengaliran sitoplasma | Perubatan | Tiada | 1. Pengaliran sitoplasma untuk membentuk unjuran-unjuran atau pseudopodium. |
| cuspis | kuspis | Perubatan | Tiada | 1. Unjuran atau struktur menirus. 2. Kuspa gigi. |
| lug | puting bateri | Kejuruteraan | Tiada | 1. Unjuran atau kepala pada bahagian logam yang berperanan sebagai tukup, tangkai, sokong, atau sambungan pemasangan. |
| anal papillae | papilla dubur | Biologi | Entomologi | 1. Unjuran lembut berwarna putih pada segmen kesembilan abdomen larva Anopheles. 2. Tuberkel dubur yang mengandungi organ-organ dubur. |
| tongue | lidah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Unjuran yang berbentuk pada sepanjang bahagian tepi kayu yang biasanya dipotong mengikut ira. Lidah ini boleh menguatkan sambungan kayu seperti dalam sambungan lidah-lurah. 2. Bahagian tipis pada hulu kapak yang dimasukkan ke dalam kepala kapak. |
| cytoplasmic bridge | titian sitoplasma | Perubatan | Tiada | 1. Jaluran protoplasma yang menghubungkan dua spermatosit sekunder.,2. Struktur dalam lapisan sel epidermis yang terbentuk apabila unjuran-unjuran pendek sitoplasma pada permukaan sel bertemu. |
| orthographic projection | unjuran ortografik | Kesenian | Tiada | 1. Kaedah melukis unjuran pada sesuatu lukisan yang digunakan untuk menunjukkan bentuk sebenar sesuatu objek pada sesuatu satah yang bersudut tepat dengan arah pandangan. |
| equivalence | kesetaraan | Geografi | Tiada | 1. Kebolehan sesuatu unjuran peta untuk mewakili kawasan-kawasan yang berbeza saiz dalam kadaran yang sama antara satu dengan yang lain. |
| hillock | bonggol; hilok | Perubatan | Tiada | 1. Hilok: Prominens atau unjuran yang kecil. |