| zone of fluctuation | zon pembuaian | Hidrogeologi | Tiada | Bahagian litosfera yang sebahagian waktunya terletak dalam zon tepu dan sebahagian waktunya lagi dalam zon tak tepu di atasnya kerana pembuaian muka air tanah. Had zon ini ditentukan oleh seluruh jumlah buaian yang diketahui pada setiap tidak pengamatan, atau ditentukan oleh buaian dalam suatu kitaran tertentu atau jangka masa lain (Meinzer). Sin.: jalur buaian muka air tanah, julat buaian. |
| progeria | progeria | Gerontologi | Tiada | Penuaan yang dialami sebelum waktunya, biasanya berlaku semasa peringkat kanak-kanak. |
| abruptio placentae | abrupsi plasenta | Perubatan | Tiada | Tertanggalnya plasenta sebelum waktunya. |
| progeria | progeria | Perubatan | Tiada | Keadaan tua yang dialami sebelum waktunya, yang biasanya dialami semasa peringkat kanak-kanak lagi. Antara ciri keadaan ini termasuklah pertumbuhan saiz yang terbantut, ketiadaan rambut dan bulu, kulit yang berkedut-kedut dan rambut yang beruban. Keadaan ini jarang-jarang berlaku. |
| الأدأ | tunai | Agama Islam | Fiqh | Sesuatu perbuatan yang dikerjakan dalam waktunya. |
| premature | pramatang | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku sebelum waktunya. |
| period play | lakon zaman | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang latar waktunya merupakan suatu zaman terdahulu dari zaman karya itu ditulis. Lihat jugalakon kronikal. |
| eusystole | eusistole | Biologi | Fisiologi | Keadaan pengecutan sistole yang normal daripadas segi kekuatan dan juga waktunya. |
| eusystole | eusistole | Perubatan | Tiada | Keadaan pengecutan sistole jantung yang normal daripada segi kekuatan dan juga waktunya. |
| news | berita | Komunikasi | Tiada | Maklumat yang berdasarkan fakta, bersifat semasa, mempunyai kepentingan dan disiarkan tepat pada waktunya melalui media massa untuk pengetahuan umum. |