Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warga (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan ahli, anggota, peserta, kaum, bani;,
Kata Terbitan : kewargaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
process innovationinovasi prosesPengurusanPerancanganProses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan kaedah operasi yang baharu atau lebih baik. Inovasi proses dapat menjimatkan kos operasi, meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan serta warga kerja organisasi. Contohnya, sebuah perpustakaan yang melakukan penambahbaikan dalam proses peminjaman buku daripada kaedah manual (melalui kaunter) kepada kaedah automasi (menggunakan mesin layan diri).
organisational culturebudaya organisasiPengurusanPerancanganSuatu himpunan nilai teras, tradisi dan kepercayaan yang dikongsi bersama oleh warga sesebuah organisasi, yang mempengaruhi tatacara kerja dan gelagat organisasi. Budaya ini terhasil daripada faktor-faktor tertentu seperti gaya kepimpinan organisasi, penggunaan teknologi, jenis operasi organisasi dan latar belakang bangsa negara. Budaya organisasi yang mendukung nilai-nilai inovasi, kreativiti, kualiti, etika kerja dan semangat kerja berpasukan mampu menyumbang kepada kekuatan, kestabilan dan imej sesebuah organisasi. Contohnya, budaya organisasi di negara Jepun yang menitikberatkan disiplin, kualiti dan teknologi tinggi. Sinonim budaya korporat.
ideal type bureaucracybidang kuasa pentadbiranPentadbiranTiadaDasar atau peraturan yang menyentuh hal ehwal penyeberangan sempadan negara yang melibatkan warganegara mahupun bukan warganegara. Dasar ini berkisar persoalan pengeluaran passport, kemasukan orang luar ke dalam negara, menangani masalah pendatang haram, penerimaan pekerja asing dan pengeluaran permit kerja, pengiktirafan suaka politik dan pelarian serta status penduduk tetap dan kewarganegaraan. Dasar yang banyak melibatkan undang-undang ini boleh jadi berbeza antara satu negara dengan yang lain. Dasar yang tertutup atau ketat menyukarkan penerimaan kemasukan warga asing ke dalam negara sama ada sebagai pelarian, pekerja mahupun pemohon penduduk tetap atau kewarganegaraan. Negara ini mungkin memerlukan visa dan pelawat perlu melalui pemeriksaan yang rapi sebelum dibenar masuk. Bagaimanapun bagi dasar imigresen yang longgar atau terbuka ia akan bersifat fleksibel dan boleh menerima pelarian, suaka politik, permohonan penduduk tetap atau warga negara dengan kadar yang lebih segera dan ringkas. Contoh dasar imi

Kembali ke atas