old money | 1. golongan kaya warisan 2. kaya warisan | Umum | Tiada | 1. Individu atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan. 2. Berkaitan dengan seseorang atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan. |
architecture heritage | warisan seni bina | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni dan corak budaya kehidupan yang berasaskan kepada tinggalan seni bina. Warisan seni bina antaranya berperanan sebagai tempat peribadatan, pemerintahan, istana dan kota pertahanan. Contohnya, Candi Lembah Bujang dan Kota Kuala Kedah di Kedah. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara perlu berpandukan warisan silam bagi menjamin kesinambungan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. |
heritage tourism | pelancongan warisan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti lawatan ke tempat peninggalan warisan, seperti tempat bersejarah A� Famosa, Kota Lukut dan Taman Negara. |
tangible cultural heritage | warisan budaya ketara | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya berbentuk fizikal seperti binaan, produk atau hasil kreativiti manusia yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
immovable cultural heritage | warisan budaya tekal | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya yang berstruktur kekal, tidak boleh dipindahkan dan dilindungi mengikut prosedur atau ketetapan undang-undang. Banding movable cultural heritage. |
inherintace tax | cukai warisan | Ekonomi | Tiada | Cukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar. |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
movable cultural heritage | warisan budaya tak tekal | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya yang berstruktur tidak kekal, boleh dipindahkan dan dilindungi mengikut prosedur atau ketetapan undang-undang. Banding immovable cultural heritage. |
intangible cultural heritage | warisan budaya tak ketara | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya berbentuk abstrak seperti bahasa, sistem kepercayaan dan tradisi yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
non-replicable cultural heritage | warisan budaya tak boleh sulih | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage. |