| YUV | YUV | Teknologi Maklumat | Tiada | Model warna yang digunakan untuk pengekodan video. Y adalah keluminansan isyarat hitam dan putih. U dan V merujuk perbezaan warna isyarat. U adalah merah minus Y (R-Y), dan V adalah biru minus Y(B-Y). Data YUV perlu ditukarkan kepada RGB melalui proses yang disebut "penukaran ruang warna" sebelum boleh dipaparkan pada skrin komputer. Model YUV ini digunakan kerana penjimatan ruang storan dan penjimatan lebar jalur penghantaran berbanding RGB. YUV adalah setara secara matematik dengan RGB dan bukannya pemadatan RGB. Juga dikenali sebagai video komponen. YUV ditulis dalam pelbagai cara iaitu: (1) Y, R-Y, B-Y, (2) Y, Cr, Cb dan (3) Y, Pa, Pb. |
| Helmholtz equation | persamaan Helmholtz | Fizik | Akustik | Persamaan menjelaskan rambatan gelombang elektromagnet yang diungkapkan sebagai, �2 y + k2 y = o (y = fungsi gelombang; k = vektor gelombang) |
| Y | Y | Biologi | Genetik | lih. kromosom Y. |
| Y chromosome | kromosom Y | Sains Forensik | Tiada | Salah satu daripada dua kromosom (X dan Y) yang menentukan jantina. DNA pada kromosom Y diturunkan daripada bapa kepada anak lelaki. Kromosom Y tidak terdapat pada perempuan dan oleh itu dijadikan penanda genetik forensik yang utama dalam kes yang melibatkan serangan seksual, ujian paterniti dan kajian sejarah kekeluargaan sebelah bapa. |
| regression line (of y versus x) | garis regresi (y lawan x) | Hidrologi | Tiada | Lengkung yang dilukis di satah �(X, Y) dengan dicocokkan kepada semua nilai min Y pemboleh ubah Y untuk selang tertentu sekitar X. (Chow) |
| Dirac delta function | fungsi delta Dirac | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi yang ditakrifkan sebagai d(y) = 0, jika y � 0. Dengan y = pemboleh ubah, y = x � x0. Pemboleh ubah x ialah sebarang nilai di antara julat a ? x � b dan x0 ialah sebarang nilai di antara a dan b. Fungsi delta Dirac ialah agihan yang dinormalkan dengan lebar yang sifar yang terletak pada x = x0. |
| Milne method | kaedah Milne | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah yang diperbaik untuk menyelesaikan persamaan ODE dengan menggunakan algoritma berikut: peramal persamaan P(y�j+1) = �(xj-1, P(yj+1)], kebezaan pembetul C(yj+1) = yj-1 + h[y�j+1 + 4y�j + P(y�j+1)], persamaan C(y�y+1) = �[xj+1,C(yj+1)], kebezaan dan seterusnya nilai y bagi setiap lelaran ditentukan sebagai yj+1 = y�j-1 + 4y�j + C(y�j+1). (rujuk m/s 122) (Rujuk kaedah Runge-Kutta bagi penjelasan simbol). |
| X and Y linkage | rangkaian X dan Y | Sains Forensik | Tiada | Keadaan gen yang menentukan sesuatu ciri yang terdapat pada kromosom X dan Y. Keadaan ini menjadikan pewarisan ciri tersebut bergantung pada jantina. Rangkaian X dan Y dikenali juga sebagai rangkaian seks. |
| dependent variable | pemboleh ubah bersandar | Matematik | Tiada | Pemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Diberi suatu fungsi f, dengan pemboleh ubah x mewakili nilai dalam domain dan pemboleh ubah y mewakili nilai f(x), ditulis y = f(x). Nilai y bergantung pada nilai x ; y dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar dan x dikenali sebagai pemboleh ubah tak bersandar. Dengan ini, y dikatakan satu fungsi bagi pemboleh ubah tak bersandar, x. Misalnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah tak bersandar ialah x, manakala pemboleh ubah bersandar ialah y, dan y ialah fungsi bagi pemboleh ubah x. |
| Y-scale | skala Y | Sukan | Tiada | Skala sisi bentuk Y. |