Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bai] | اباي

Definisi : cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan meng­abaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabai­kan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bai] | اباي

Definisi : tidak dipentingkan; lalai. mengabaikan 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abai


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tetap itu jauh lebih besar daripada jisim jasad yang beredar. Contohnya, bagi satelit buatan yang berada pada orbit bumi. Jika kedua-dua jasad yang berkenaan mempunyai jisim yang tak boleh abai seperti sistem bumi dan bulan, analisis dibuat berdasarkan masalah dua jasad kerana ralat yang berkesan akan diperoleh jika salah satu daripadanya diandaikan tetap di ruang. (KEJ) two-environment model (model AM 701 penghancuran mekanik, sebaliknya terbentuk daripada kaedah semula jadi seperti proses luluhawa. (KEJ) undamped vibration (getaran tak teredam) Getaran bebas atau getaran paksa yang ditindak oleh daya peredam boleh abai. Getaran tak teredam merupakan suatu unggulan yang mengandaikan bahawa getaran tersebut akan berterusan tanpa henti. Dalam keadaan sebenar, kesan daya peredam yang wujud akhirnya akan mematikan getaran tersebut. (KEJ) under

Kembali ke atas