Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa/] | اسق

Definisi : padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;berasak 1. = berasak-asak = berasak-asak­an berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya; mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadap­an; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi per­tanyaan ~ benak Matakob;diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi; mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu; asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~ orang ramai yg tidak keten­tuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa/] | اسق

Definisi : ; berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1 mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2 menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. mengasakkan 1 memasukkan sesuatu dgn menekannya ke dlm bekas, sarung dsb: Ibu ~ kekabu ke dlm sarung utk dijadikan bantal. 2 menyorongkan (badan, diri) supaya dpt ke depan, ke luar dsb: Dgn susah payah, dia ~ diri agar dpt keluar dr dewan itu. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asak


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pasat lautan yang baru terjadi de- ngan udara panas dari benua sekitarnya. (HID) traffic congestion (kesesakan lalu lintas) Keadaan lalu lintas apabila bilangan kenderaan di jalan raya banyak dan ber- asak-asak menuju ke destinasi tertentu. (KEJ) traffic delay (lengah lalu lintas) Masa yang terbuang semasa pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain disebabkan bilangan kenderaan yang banyak atau pergentingan

Kembali ke atas