Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.bi] | بابي

Definisi : 1. sj binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); 2. bk kata makian yg digunakan kerana marah (sangat benci akan seseorang, sesuatu, dsb); 3. nama kartu (dlm permainan ceki); ~ alu tenuk; ~ balar babi putih; ~ bodoh = ~ janggut sj babi, Sus barbatus; ~ duyung sj binatang laut yg bentuk badannya menyerupai babi; ~ hutan babi yg liar; ~ laut sj binatang laut yg berbulu-bulu; ~ nangoi sj babi hutan yg kecil; ~ rantai = ~ tunggal babi hutan yg tidak berkawan; ~ rusa sj babi hutan yg bertaring panjang, Babyrousa babyrussa; ~ tanah sj binatang kecil yg makan semut; bagai ~ merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dll); membabi; ~ jalang berzina, bermukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : ; ~ kurus sj tumbuhan (pokok), berasberas, kasir, kedondong matahari, kempas roman, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), getang-getang, ketumbi padang, tutup bumi paya, Synedrella nodiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : beberapa jenis binatang yg bermuncung panjang, berkulit tebal dan berbulu kasar yg haram lagi najis di sisi agama Islam (ada yg liar dan ada yg dipelihara), Sus spp.. membabi bertingkah laku spt babi. ~ buta melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babi

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Diidam seperti babi lemak.

Bermaksud :

Dendam yang tak habis. diidam = menaruh dendam.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tinggi. (BIO) euryhydric (eurihidrik) Berkaitan dengan organisma yang dapat bertahan terhadap batas kelembapan yang besar. (BIO) euryoecious (euriesius) Berkaitan dengan organisma yang mempunyai batas pemilihan habitat yang luas. Contohnya, siput babi (Achatina fulica). (BIO) euryphagic (eurifagik) Berkaitan dengan organisma yang mempunyai batas pemilihan makanan yang luas. Contohnya, burung gagak (Corvus macrorhynchus). (BIO) eurythermal (euritermal) Berkaitan dengan organisma yang dapat bermandiri dan dalam ruang Hilbert yang menentukan keadaan sesuatu sistem. (FIZ) ketapang (ketapang) Nama piawai bagi kayu Terminalia spp. daripada famili Combretaceae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah jaha, jelawai dan mempelam babi, di Sabah ialah talisai, dan di Sarawak ialah telinsi. Spesies utamanya termasuk Terminalia bellirica , T. calemansanai dan T. catappa. Gubal kayu ketapang biasanya berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada

Kembali ke atas