Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kar] | باکر

Definisi : ; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kar] | باکر

Definisi : ; bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak) utk membakar. pisang ~ pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1 orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2 sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakar

Puisi
 

Sapu tangan cindang berambu,
     Bakar akan cermin cinanya;
Jika sudah untung bertemu,
     Kita mendapat ia empunya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar tak berbau.

Bermaksud :

Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lembapan yang terserap dan tersimpan di dalam bahan bi - naan apabila didedahkan kepada air. Bahan binaan seperti blok konkrit dan bata simen mempunyai kadar serapan yang tinggi dibandingkan dengan bata bakar. (KEJ) absorption wall (dinding penyerap) Dinding yang disaluti dengan bahan penyerap bunyi. (FIZ) abstract (abstrak/penyata cukai) Tulisan pendek mengenai sesuatu, ringkasan, ikhtisar dan sari. Abstrak digu- nakan bagi menyatakan terdapat dalam floem dan berfungsi sebagai unsur penyokong kepada floem. (HUT) basikaryotype bast fibre Kamus Sains.indb 138 7/8/08 11:47:52 AM 139 bat (bata kerat) Bata bakar yang dipotong sebahagiannya untuk digunakan pada hujung din- ding sebelum dilepa. (KEJ) batch box (kotak kelompok) Bekas yang diketahui isi padunya yang digunakan untuk menyukat bahan campuran konkrit atau mortar

Kembali ke atas