Definisi : terhalang atau tersekat (pekerjaan, pertumbuhan pokok, dll), tidak dapat mencapai kejayaan (kerana terhalang dsb);membantut, membantutkan menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka?; rasuah akan ~ usaha pembangunan negara;terbantut terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dll), tidak jadi, tidak selesai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)