[ba.tu/] | باتوق
Definisi : 1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; 3. penyakit (keadaan) yg menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang: ubat utk melegakan ~; ~ barah batuk yg berdahak; ~ barah angin batuk yg tidak berdahak; ~ darah batuk dgn mengeluarkan darah; ~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak; ~ kecil berdeham; ~ kering batuk yg tidak berkahak (kerana TB); ~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu; ~ rejan batuk yg keras (pd anak-anak); melepaskan ~ di tangga prb melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh; berbatuk batuk; membatukkan batuk dgn sengaja (kerana sesuatu, mis utk mengeluarkan dahak dll); ~ darah batuk dan mengeluarkan darah; terbatuk-batuk batuk dgn tidak tertahan-tahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.tu/] | باتوق
Definisi : 1 sj penyakit dlm dada yg menyebabkan seseorang mengeluarkan udara dr paru-paru dgn kencang dan kuat. 2 bunyi keras dan kencang yg dikeluarkan kerana penyakit batuk: ~nya terdengar sampai ke sini. ~ darah batuk dan mengeluarkan darah. ~ kering batuk yg tidak berkahak tetapi amat berbahaya. ~ kokol batuk yg sangat kuat dan lama pula. ~ rejam batuk yg keras dan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)