Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begini

Puisi
 

Jika begini mengalahnya,
     Kayu hidup dimakan api;
Jika begini rasanya,
     Badanku hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
UBAT) anaphysis (anafisis) Filamen bak sterigma yang muncul ke luar atau ke atas dan yang terdapat pada apotesium beberapa jenis liken. (BIO) anaplasia (anaplasia) Ketakupayaan sel untuk membeza. Dalam keadaan begini, susunan asal sel terubah, dan akibatnya fungsi tisu terjejas. Keadaan ini merupakan salah satu ciri tumor. (UBAT) anapleurite (anapleurit) Pleurit toraks atas seperti pada sesetengah serangga Thysanura. (BIO) anapophysis (anapofisis deplasmolysis (deplasmolisis) Kemasukan semula air ke dalam sel tumbuh-tumbuhan sesudah mengalami proses plasmolisis. (BIO) depolarization (depolarisasi) Proses meneutralkan polarisasi, iaitu pembalikan potensial rehat membran sel apabila dirangsang. Dalam keadaan begini, potensial membran mula bertukar menjadi positif berbanding dengan potensial di luar sel. (UBAT) depolarize (nyahkutub) Penghapusan atau perencatan bahan gas yang berkumpul di elektrod positif sel elektrik (sel utama). Keadaan

Kembali ke atas