Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitu

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
hidrolisis. (HUT) arabic gum (gam arabik) Gam yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai tindak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti kecederaan. Gam ini didapati daripada kulit pokok Acacia senegal dan biasanya tidak begitu likat serta tidak mudah menjadi gel. Gam arabik biasanya digunakan dalam pengeluaran minuman dan makanan seperti halwa, jeli, gam kunyah dan aiskrim. Sinonim acacia gum. (TEKMA) arabinose (arabinosa) Formula C tentang dirinya sehingga kewujudan dirinya yang sebenar luput daripada pemikirannya. Keadaan ini merupakan manifestasi neurosis atau penyakit mental yang lain. Depersonalisasi boleh berlaku dalam kalangan individu normal, tetapi kesannya tidak begitu ketara. (UBAT) deplasmolysis (deplasmolisis) Kemasukan semula air ke dalam sel tumbuh-tumbuhan sesudah mengalami proses plasmolisis. (BIO) depolarization (depolarisasi) Proses meneutralkan polarisasi, iaitu pembalikan potensial rehat membran sel apabila dirangsang

Kembali ke atas