Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.hi] | براهي

Definisi : 1. kasih (cinta) yg amat sangat: makin lama ia memandang gadis itu makin bertambah ~nya; 2. rasa suka akan seseorang (dgn bernafsu), ghairah: drpd matanya, jelas kelihatan perasaan ~nya terhadap wanita itu; 3. sangat suka: ~ berceloteh dan berleter; ~ mendengar bunyi-bunyian; memberahikan 1. mencintai dgn amat sangat, berahi akan: laksamana dlm negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; 2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan: Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yg ~;keberahian perihal berahi, keghairahan;pemberahi orang yg mudah berahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.hi] | براهي

Definisi : 1 perasaan cinta atau kasih yg amat sangat: Apabila melihat gadis yg cantik itu, maka timbullah ~ dlm hatinya. 2 sangat suka; sangat gemar: Ia sangat ~ mendengar muzik Melayu asli. memberahikan 1 menaruh rasa cinta atau berahi terhadap; mencintai seseorang dgn amat sangat: Banyak perempuan yg ~ Hang Tuah ketika ia di Majapahit. 2 mendatangkan rasa cinta yg amat sangat; membuat orang jatuh berahi: Senyumannya sungguh ~. keberahian rasa atau keadaan berahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berahi

Puisi
 

Bunga pandan dalam serahi,
     Indera berarak ke Padang Temu;
Betapa tuan dendam berahi,
     Bila gerangan hendak bertemu.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Bara bercahaya pada permukaan anod dalam tiub nyahcas bara. (FIZ) anodyne (anodin) Sesuatu yang dapat melegakan rasa sakit, biasanya ubat. Contohnya, opium dan morfina. (UBAT) anoestrus (anestrus) Masa haiwan tidak berahi atau tidak mengawan. Sinonim anestrum. (BIO) anogenital (anogenital) Berkaitan dengan dubur dan genitalia. (UBAT) anomaly (anomali) Kelainan yang ketara daripada biasa, khususnya berkaitan dengan kecacatan sejak lahir. Kecacatan ini mungkin

Kembali ke atas