[ber.kong.si] | برکوڠسي
Definisi : 1. bersekutu (bergabung) dlm sesuatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, bersepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.kong.si] | برکوڠسي
Definisi : bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)