Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kom - ponen motor yang sama). Semakin lama, refleks tersuasana menjadi semakin lemah, dan dengan itu perlu diperkuat dengan mengulangi pengalaman asal. Pada manusia, refleks tersuasana mengawal kebanyakan tindakan. Contohnya, berjalan, bermain bola dan menulis. (BIO, UBAT) conditioning treatment (rawatan penyesuaian) Rawatan pada peringkat akhir pengeringan kayu untuk menghasilkan taburan lembapan yang sekata dalam kayu, dan juga untuk mengurangi tegasan ke- ringan data video daripada komputer atau peranti penjana video. Singkatan VDT. (KOM) video game (permainan video) Permainan interaktif bagi komputer atau mesin permainan berkomputer yang memerlukan kemahiran, kecekapan bertindak dan strategi bermain. Pemain biasanya bermain dengan menggunakan peranti pemilih seperti kayu bedik, bola jejak atau butang untuk mengawal objek paparan grafik. (KOM) video generator (penjana video) Peranti yang berfungsi mengeluarkan isyarat video

Kembali ke atas