Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat;: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kecil dan bulat dan abdomen yang pendek serta tidak bersegmen. Kebanyakan spesies dari- pada order ini merupakan parasit dan perosak tanaman. (BIO, UBAT) accelerated flow (aliran terpecut) Aliran yang halajunya bertambah mengikut arah dalam hidraulik alur. (HID) accelerated rancidity test (ujian ketengikan dipercepat) Ujian yang dikendalikan untuk menentukan hayat simpan relatif lemak atau minyak dengan cara mempercepat pembentukan ketengikannya. Ujian ke pemerhati. Kecerahan ini ber- tambah apabila dilihat pada siang hari akibat penyerakan cahaya matahari ke arah pemerhati oleh zarah-zarah yang terapung dalam atmosfera, dan molekul- molekul udara. Cahaya udara bertambah dengan jarak objek disebabkan per- tambahan agen penyerak. (METEO) airways forecast (ramalan cuaca penerbangan) Ramalan unsur cuaca seperti siling, ketampakan, angin atas, pengaisan, ke- geloraan serta pelbagai jenis kerpasan dan

Kembali ke atas