Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Alah bisa,
     oleh (= kerana,
tegal) biasa.

Bermaksud :

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya, mempunyai enam jari pada tangan. (BIO) abohm (abohm) Unit ukuran rintangan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 -9 ohm. (KEJ) abomasum (abomasum) Bahagian keempat dan terakhir perut arah daya tersebut. Koefisien ini berubah mengikut suhu. (HID) absorbed water (air terserap) Air yang tertahan di dalam tanih dan mempunyai sifat fizikal yang tidak ba- nyak berbeza dengan air biasa. (HID) absorbent (bahan penyerap) Pelarut yang digunakan dalam proses penyerapan bagi menyerap komponen tertentu secara pelarutan daripada suatu campuran gas. Pelarut yang digunakan mestilah berkebolehan melarutkan komponen yang perlu diserap

Kembali ke atas