Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunting

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
antara sel-sel, yang mem - bolehkan sesuatu struktur terapung dan memudahkan peresapan gas berlaku. Tisu ini terdapat pada korteks akar dan daun beberapa jenis tumbuh-tumbuhan akuatik se- perti keladi bunting, dan di antara jisim spora dengan dinding kapsul lumut. (BIO) aerial (aerial) Peranti yang digunakan untuk memancarkan atau menerima gelombang elek- tromagnet. Tenaga gelombang yang diterima akan diubah menjadi arus berdekatan dengan permukaan air, iaitu pada ethyl nitrite euhyponeuston Kamus Sains.indb 327 7/8/08 11:49:15 AM 328 bahagian 5 cm permukaan air. Contohnya, makrofit seperti keladi bunting (Eichhornia crassipes) dan kutu air (Artocorixa alternata). (BIO) eukaryon (eukarion) Nukleus yang terdapat dalam sel eukariot. (BIO) eulabium (eulabium) Bahagian labium yang paling hujung. (BIO) Eulerian form (bentuk Euler) Persamaan

Kembali ke atas