Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tumbuhan yg baru keluar dr biji benih dsb; ~ kelapa tumbuh kelapa, tombong kelapa; 2. Kl, Tr tauge; bercambah 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata­rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; mencambahkan menjadikan bercambah: ~ biji benih; cambahan munculnya, terbitnya, lahirnya: dia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya; percambahan perihal bercambah (biji be­nih): keinginan utk mencegah ~ senjata nuklear; pencambahan perbuatan mencambahkan; ®kecambah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh dr biji; kecambah: ~ kacang. bercambah 1 mula tumbuh dr biji (ttg tumbuh-tumbuhan). 2 ki banyak terdapat; ada di mana-mana: Syarikat kerjasama ~ di Malaysia ini. mencambahkan membuat supaya bercambah (ttg biji tumbuh-tumbuh­an); menyemaikan. percambahan perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. pencambahan perihal atau perbuatan mencambahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cambah


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
UBAT) blastospore (blastospora) Spora yang dihasilkan melalui pertunasan. Contohnya, pada yis dan Taphrina- les. Spora ini biasanya berlendir, tetapi pada Cladosporium, spora ini kering. Spora ini juga dikenali sebagai sel cambah. (BIO) blastotomy (blastotomi) Lihat blastomerotomy. (UBAT) blastula (blastula) Struktur berbentuk sfera yang terhasil daripada pembahagian ovum yang tersenyawa. Struktur ini terbentuk daripada satu lapis sel (blastoderma) yang mengelilingi rongga yang

Kembali ke atas