Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kulat. Contohnya, Hyalospora dan Puccinia. (BIO) amphithalism (amfitalisme) Fenomena yang berlaku apabila spora daripada satu karpofor yang sama dapat bercambah untuk membentuk miselium homotalus dan heterotalus. Con- tohnya, pada sebahagian cendawan Coprinus. (BIO) amphitoky (amfitoki) Pembiakan partenogenesis yang menghasilkan kedua-dua jenis anak jantan dan betina seperti pada brakiopod. (BIO) ampholite (amfolit) Bahan ion yang berkemampuan untuk bersifat asid atau bes tertentu seperti penebangan hu- tan. (BIO) apothecium (apotesium) Jasad buah sesetengah kulat Discomycetes yang berbentuk mangkuk dan yang himeniumnya akan terdedah apabila askospora matang seperti jasad buah yang dihasilkan oleh cendawan Peziza. Sinonim apocarp. (BIO) apparent wind (angin ketara) Vektor angin yang relatif terhadap objek yang bergerak. Halaju angin ketara ialah perbezaan vektor antara halaju angin sebenar dengan halaju objek. (ME

Kembali ke atas