Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham); 5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadi­kan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1 tangkas dan giat; bertenaga: Sungguhpun sudah tua, ia masih ~. 2 pantas; cepat: Platun itu bergerak ~ apabila menerima arahan drpd Leftenan Ramli. 3 banyak melibatkan diri dlm kegiatan-kegiatan; aktif: Pasukan Bulan Sabit Merah sekolah itu sangat ~. mencergaskan menjadikan cergas. kecergasan sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bahan tindak balas atau tekanan dan pemalar kadar. (KEJ) kinetic theory (teori kinetik) Teori yang menerangkan sifat sesuatu sistem fizik dengan andaian bahawa sistem tersebut terdiri daripada molekul yang bergerak cergas. Selanjutnya di- andaikan juga bahawa bahan tenaga dan momentum molekul tersebut sentiasa kekal dalam perlanggaran sesama sendiri. (FIZ) kinetics [kinetik (ilmu)] Subbidang ilmu fizik yang berkaitan dengan kesan daya atau

Kembali ke atas