Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
1 A programming language (bahasa pengaturcaraan A) Bahasa pengaturcaraan paras tinggi yang dapat memudahkan penggunaan no- tasi matematik dan penyelenggaraan tatasusunan. Singkatan APL. (KOM) abduct (abduk) Perihal menggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. (UBAT balas apabila berada dalam bentuk diaktifkan se- perti dalam penapaian alkohol. (KIM) Acetaminophen (Acetaminophen) Nama kimia: N-(4-hidroksifenil) asetamida (C 8 H 9 NO 2 ). Salah satu agen yang dapat melegakan rasa sakit dan meredakan demam. Bahan ini dikenali dengan beberapa nama dagang. Contohnya, Panadol. Sinonim Paracetamol. (UBAT) Acetobacter (Acetobacter) Genus bakteria aerob yang gram – negatif dan tidak termasuk dalam

Kembali ke atas