[de.pan] | دڤن
Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pasangan, telefonlah sahaja; kalau ingin menegurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, berhadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, bersemuka; mendepan menghadap (menghala, mengarah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, mengemukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[de.pan] | دڤن
Definisi : hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)