Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mat] | ݢامت

Definisi : bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan, memekakkan: pekik sorak ~ suasana;kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara mendadak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : sj binatang laut spt teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan utk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dsb), Holothuria spp.; air ~ air drpd gamat yg diawetkan; ibu ~ gamat yg diawet atau disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : ark; bergamat berlagu, bernyanyi;menggamat; ~ lagu melagukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : penuh dgn bermacam-macam bunyi; riuh-rendah; bising: Dewan Rakyat telah ~ dgn gelak ketawa pagi tadi. menggamatkan menjadikan gamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamat

Puisi
 

Cik Gamat menikam gamat,
     Bunga melur kembang sekaki;
Biar lambat asal selamat,
     Dalam telur boleh kunanti.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ini dapat membentuk sista hidatid dalam hati, paru-paru dan organ lain dalam mamalia termasuk manusia. (UBAT) Echinodermata (Echinodermata) Filum invertebrata laut yang antaranya termasuk landak laut, timun laut atau gamat, dan tapak sulaiman. Antara ciri haiwan daripada filum ini termasuk mempunyai (i) jejari yang bersimetri biasanya dengan lima paksi simetri, (ii) ecchymosis Echinodermata Kamus Sains.indb 294 7/8/08

Kembali ke atas