Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk; ~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb, Mn enggan bergaul dgn saudara-mara; menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan; kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak; penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan; penggemuk sesuatu yg menyebabkan men­jadi gemuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1 besar kerana banyak dagingnya; tambun: Orang yg terlalu ~ atau terlalu kurus itu biasanya tidak sihat. 2 benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yg terdapat dlm tubuh binatang; lemak. ~ gedempol sangat gemuk. menggemukkan menjadikan atau menyebabkan menjadi gemuk: Setengah-setengah petani menumpukan perhatian mereka dlm usaha ~ lembu. penggemukan perbuatan atau proses menjadikan gemuk: Bijirin merupakan bahan yg kaya dgn sumber tenaga dan nilai ~ yg paling tinggi. penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk. kandang ~ kandang tempat usaha atau kegiatan utk menggemukkan ternakan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu,
     bertambah kecil lagi matanya.

Bermaksud :

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
akuatik lalat kironomid yang menyerupai cacing. Larva ini berwarna merah terang disebabkan kehadiran hemoglobin dalam hemolimfa. (BIO) blubber (bluber) Lemak yang terdapat di bawah kulit haiwan atau manusia, khususnya yang gemuk. (BIO) blue butterflies (rama-rama biru) Rama-rama dalam famili Lycaenidae, yang kecil dan berterbangan seperti bu- rung layang-layang. Contohnya, rama-rama biru biasa (Polyommatus icarus), rama-rama biru

Kembali ke atas